Diuji Positif Covid-19, Eina Azman Masih Trauma Keluar Bekerja – Manis Madu
Diuji Positif Covid-19, Eina Azman Masih Trauma Keluar Bekerja

Diuji Positif Covid-19, Eina Azman Masih Trauma Keluar Bekerja

Selepas teruji dengan jangkitan Covid-19 yang menimpa diri sendiri, suami dan pembantu rumahnya, pelakon Datin Eina Azman ternyata berdepan trauma untuk keluar bekerja lapor, Kosmo!

Menurut Eina, dia betul-betul bimbang untuk kembali meneruskan penggambaran drama The Hotel yang sudah lama tertangguh rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

β€œMemang tak dinafikan gembira dapat bekerja semula selepas beberapa bulan tidak masuk ke set.

 

β€œTapi pada masa sama, jujur saya bimbang bila nak kembali ke set penggambaran. Hati pun tak tenang sangat,” katanya pada sidang media secara virtual drama The Hotel.

 

Tambah Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, walau bagaimanapun dia tetap akan meneruskan penggambaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi.

 

β€œNak atau tak saya tetap kena masuk set, tapi saya akan ambil langkah berjaga-jaga seperti mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP),” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.

 

Terdahulu, pada 31 Ogos lalu serentak dengan sambutan ulang tahun ke tujuh perkahwinan mereka, ibu kepada sepasang kembar itu memaklumkan dia dan suami, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah bersama dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.

Manakala anak mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun pula disahkan bebas wabak berkenaan.

 

Begitupun, sehari kemudian Eina, 26, mendedahkan suaminya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan dan paras oksigen dalam badan menurun.

Mereka dibenarkan keluar dari hospital dan bebas Covid-19 Khamis lalu selepas 12 hari mendapat rawatan.

Post a Comment