Muzik Video Terbaru Ariana Grande Hasil Curahan Idea Sang Suami – Manis Madu
Muzik Video Terbaru Ariana Grande Hasil Curahan Idea Sang Suami

Muzik Video Terbaru Ariana Grande Hasil Curahan Idea Sang Suami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan sebuah rumah tangga yang harmoni dan menyokong antara satu sama lain.

 

Maka tidak hairanlah di sebalik kejayaan penyanyi antarabangsa, Ariana Grande menerusi lagu terbarunya Positions, terdapat sokongan padu daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

Individu itu adalah Dalton Gomez yang berjaya merealisasikan video muzik lagu Positions yang kini menerima lebih 361 juta tontonan di YouTube hasil curahan idea luar biasa yang diberikannya.

Pendedahan itu dibuat Ariana baru-baru ini apabila memaklumkan Gomez adalah individu di sebalik visi kejayaan video muzik arahan Dave Meyers itu.

 

Menerusi video muzik itu, Ariana yang memegang watak sebagai Presiden Amerika Syarikat mengakui teruja apabila sambutan luar biasa yang diterimanya.

 

“Ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba Gomez menoleh ke arah saya dan bertanya bagaimana jika saya menjadi seorang presiden?

 

“Dalam keadaan yang terkejut, saya terus berkata anda adalah sempurna. Idea itu sangat tepat dan berjaya direalisasikan,” katanya.

 

Tambah Ariana, dia kemudiannya menghubungi Meyers yang sebelum ini pernah mengarahkan video muzik No Tears Left to Cry dan God Is a Woman untuk berkongsi idea luar biasa itu.

 

“Ketika beritahu kepada Meyers, waktu itu hanya tinggal tiga hari sebelum penggambaran. Saya tak sangka dia juga berjaya merealisasikannya,” katanya.

 

Sepanjang video muzik Positions itu, Ariana dikelilingi oleh wakil menteri yang dikuasai oleh wanita terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

 

Menurut Page Six, hampir 13 tahun berkecimpung dalam industri seni, Ariana kini mengambil keputusan untuk memperlahankan seketika aktivitinya dalam dunia nyanyian bagi memberi fokus kepada produk kosmetiknya dikenali ‘R.E.M Beauty’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

Dalam diam, Ariana yang memperkenalkan produk eyeliner dan highlighter itu sudah mengusahakannya secara rahsia selama dua tahun.

 

“Sangat sukar untuk menyimpan rahsia selama ini.

 

“Saya keluarkan produk kosmetik yang tertumpu kepada bahagian mata kerana ia adalah pintu masuk utama ke impian, emosi dan segala-galanya,” katanya.

Post a Comment