Doktor Dedah Komplikasi Covid-19 Terhadap Kanak-Kanak!
Wabak Covid-19 bukan lagi perkara baru dalam hidup kita. Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai kisah berkaitannya.
Tetapi di sebalik semua kisah yang dikongsikan, dipertontonkan dan diperdengarkan kepada kita, ada juga ‘untold story’ yang tidak di cerita kepada umum.
Baru-baru ini, seorang doktor bernama Vivian Dominique menerusi perkongsiannya di laman Instagram menceritakan beberapa kisah ‘unusual cases’ Covid-19 yang tidak diketahui ramai.
View this post on Instagram
Menurut Vivian, dalam masa seminggu dia telah menemui dua orang kanak-kanak dengan komplikasi Covid-19.
Kes pertama melibatkan kanak-kanak berusia 2 tahun. Keluarga kanak-kanak tersebut telah positif Covid-19 sebulan yang lalu. Pada satu malam, ibu kanak-kanak itu datang ke wad kerana dia tiba-tiba tidak boleh berjalan.
Menurut ibu kanak-kanak itu, sudah 3 minggu dia berjalan seperti ‘orang tua’ dan akan jatuh jika ibunya cuba meminta dia berjalan dengan normal atau mengubah posisi badannya supaya berjalan secara normal.
Tambahnya lagi, anaknya itu hilang daya serta keupayaan untuk berjalan selama 3 hari berturut-turut.
Pihak doktor serta kakitangan hospital tidak dapat mengenalpasti kenapa komplikasi seperti itu berlaku dan hanya mampu memantau dan merawat keadaan kanak-kanak tersebut.
Kes kedua yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun adalah lebih menakutkan.
Difahamkan, seminggu selepas tamat tempoh kuarantin, kanak-kanak tersebut mengalami sawan dan sawan yang dihadapi bukan seperti kebiasaan berlaku. Keadaan itu berlarutan sehingga 40 minit dan dapat ditenangkan setelah doktor memberikan ubat kepadanya.
Meskipun begitu, kejadian yang sama berlaku selepas beberapa hari.
Vivian berkata, kedua kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang sihat dan normal sebelum mendapat jangkitan Covid-19.
Tambahnya, komplikasi Covid-19 terhadap kanak-kanak masih belum difahami sepenuhnya dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Dia juga meminta kepada ibu bapa untuk tidak membawa anak-anak mereka keluar meskipun sudah ada kelonggaran untuk menjalani aktiviti seperti biasa.