Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah Pakai Kapal Kargo! – Manis Madu
Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah Pakai Kapal Kargo

Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah Pakai Kapal Kargo!

Hari ini siapa saja tak kenal dengan kebaikan Ustaz Ebit Lew membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan.

Ebit-Lew

Dah banyak kali Madu ternampak kisah Ebit Lew membantu orang ramai, tambah-tambah waktu pandemik Covid-19 yang mana ramai mengalami kesusahan. Kali ini, Ebit Lew hantar kapal kargo yang dipenuhi dengan baju PPE ke negeri Sabah.

Ebit Lew turun padang menyaksikan barangan bantuan dipunggah masuk ke dalam kapal kargo

Pagi tadi,  Ebit Lew juga turun padang menyaksikan barangan bantuan dipunggah masuk ke dalam kapal kargo yang mana bertujuan menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Di Facebook, Ebit Lew telah memuat naik beberapa gambar dengan menyatakan dirinya menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airway untuk hantar barang perubatan ke negeri Sabah.

 

Dalam kapsyennya Ebit Lew meminta orang ramai berdoa untuk saudara kita di Sabah.

 

“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah,” katanya Ebit Lew.

Sudah tentu, tindakan Ebit Lew ini mendapat perhatian netizen dengan pelbagai pujian dan mengucapkan terima kasih membantu mereka yang berada di negeri Sabah yang sangat memerlukan bantuan kerana kenaikan kes dengan mendadak dalam berdepan pandemik Covid-19.

Semoga Ebit Lew diberkati atas usaha-usaha membantu orang ramai.

 

~Stay Safe Maduners~

Sumber Gambar: Facebook

Post a Comment