Eina Azman Hadiahkan Rantai Emas, Tanda Penghargaan Kepada Pembantu Rumah – Manis Madu
Eina Azman Hadiahkan Rantai Emas, Tanda Penghargaan Kepada Pembantu Rumah

Eina Azman Hadiahkan Rantai Emas, Tanda Penghargaan Kepada Pembantu Rumah

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya.

 

Laporan Oh My Media, Eina menghadiakan sekalung rantai emas kepada wanita tersebut demi menghargai segala jasanya.

Menurut Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, pemberian berkenaan merupakan kali kedua dia memberi hadiah barang kemas kepada pembantu rumahnya yang bernama Megawati.

 

Kejutan tersebut juga merupakan sambutan hari lahir terakhir buat wanita itu sebelum pulang ke kampung halamannya. Dalam posting yang dimuat naik, Eina turut meluahkan rasa sedih kerana akan berpisah dengan orang kuatnya itu.

Eina Azman mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata kembar diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Post a Comment