Elak Ditindas Majikan, 12 Fakta Undang-Undang Kerja Di Malaysia! – Manis Madu
Elak Ditindas Majikan, 12 Fakta Undang-Undang Kerja Di Malaysia

Elak Ditindas Majikan, 12 Fakta Undang-Undang Kerja Di Malaysia!

Pekerja merupakan salah satu faktor yang berpotensi  menggerakkan dan mengembangkan sesebuah syarikat. Tidak kira sama ada dari syarikat swasta ataupun syarikat kerajaan.

 

Cuba Maduners bayangkan kalau dalam Malaysia ini tidak menggunakan tenaga manusia untuk menggerakkan sesuatu pekerjaan?

 

Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai hak undang-undang pekerja yang wujud dan diwartakan dalam Akta kerja 1995?

 

Pasti ada di antara Maduners yang tidak tahu atau sedar tentang hal ini. Sebab itu ada berlaku  masalah penindasan keatas sesetengah pekerja.

 

Jadi, bagi menjawab masalah tersebut. Jom kita kita tengok antara 12 fakta tentang undang-undang di Malaysia!

12 Fakta Undang-Undang Di Malaysia

Undang-Undang

#1 Nak Berhenti Tak Wajib Beri Sebab

Pekerja yang bekerja di mana-mana sektor pekerjaan tidak diwajibkan untuk beri alasan jika ingin letak jawatan atau ingin berhenti dari sebuah pekerjaan.

 

Tapi itu tak bermakna majikan juga boleh melakukan perkara yang sama jika mereka ingin memberhentikan pekerja!

 

Majikan perlu sekurang-kurangnya mempunyai alasan kukuh sebelum menamatkan perkhidmatan pekerja.

#2 Tidak Melarang Individu Bawah 18 Tahun Bekerja

Undang-undang di Malaysia tidak sama sekali  melarang individu bawah 18 tahun diambil bekerja. 

 

Macam mana sekali pun majikan perlu patuhi syarat-syarat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

 

Bagi kanak-kanak, mereka masih boleh bekerja tetapi dengan syarat kerja yang dibuat itu adalah:

  •  kerja ringan yang bersesuaian dengan kapasitinya di dalam urusan keluarga.
  • Kerja dalam hiburan awam
  • Kerja bawah kontrak apprenticeship yang dah diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh dan Salinan kontrak tersebut diberikan kepadanya.

Manakala bagi orang muda pula :

  • Kerja ringan yang bersesuaian dengan kapasitinya sama ada urusan keluarga atau tidak
  • Kerja pejabat,kedai, kilang, bengkel atau sebagainya.
  • Kerja perindustraian yang sesuai dengan kapasiti
  • Kerja dalam kapal yang merupakan milik penjaga atau ibu bapa.

#3 Potong Gaji Tanpa Sebab

Pekerja yang bergaji antara RM 2000 hingga RM 5,000 juga boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Kerja 1955.

 

Benda ini korang boleh ambil tindakan sekiranya majikan memotong gaji tanpa sebab, beri cuti tanpa gaji dan tak dapat faedah penamatan apabila diberhentikan kerja.

#4 Kontrak Perkhidmatan Secara Lisan

Kontrak kerja secara lisan tetap sah sebagai kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja.

#5 Terma Kontrak Tak Boleh Diubah  Sewenang-wenangnya

Terma-terma kontrak pekerjaan yang dibuat tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa persetujuan dari kedua-dua pihak iaitu antara pekerja dan juga majikan.

#6 Hak Sama Bagi Pekerja Separuh Masa

Pekerja separuh masa mempunyai hak yang sama dengan pekerja sepenuh masa di bawah undang-undang buruh di Malaysia.

 

Sebagai contoh pekerja separuh masa yang mendapat hari kelepasan disebabkan cuti umum masih perlu dibayar gajinya sama seperti pekerja sepenuh masa, walaupun pada hari tersebut dorang dikira cuti.

#7 Pekerja Dipenjara

Majikan tidak diwajibkan untuk membayar gaji pekerja sekiranya pekerja tersebut dipenjara, ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa atau menghadiri perbicaraan di mahkamah yang tiada kena mengena dengan majikan.

 

Jika pekerja terlibat dengan salah satu sebab di atas, barulah majikan boleh untuk tidak membayar gaji pekerjanya dan jangan risau jika dikenakan sebarang tindakan kerana syarat itu dah memang tersedia dalam undang-undang kerja.

#8 Tunggakan Gaji

Tunggakan gaji pekerja maksimum 4 bulan akan mendapat keutamaan berbanding pemiutang lain.

 

Jangan bimbang dengan tunggakan gaji yang dihadapi jika syarikat yang Maduners kerja itu terpaksa menggulung tikar kerana Maduners mempunyai hak untuk membolehkan syarikat berkenaan membayar gaji pekerja yang tertunggak terlebih dahulu.

 

Jika syarikat tersebut gagal membuat sedemikian dorang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

#9 Diberhentikan Ketika Tempoh Cuti Bersalin

Maduners juga perlu tahu hak Maduners sebagai pekerja jika satu hari nanti korang diberhentikan kerja dan ketika itu korang berada dalam tempoh maternity leave.

 

Maduners mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan jika situasi tersebut berlaku kecuali berlaku penutupan syarikat.

#9 Retrenchment

Undang-undang kerja di Malaysia juga ada memberitahu jika dalam pelaksanaan pemberhentian (retrenchment), majikan perlu memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan. Foreign Worker First Out (FWFO).

 

Lagi-lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang tak dapat dinafikan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja atas sebab ekonomi yang semakin jatuh. 

 

Tapi pekerja tempatan tetap mempunyai hak dan keistimewaan sebagai warganegara!

#11 Kemalangan Jalan Raya

Andai kata semasa dalam perjalanan ke tempat kerja Maduners terlibat dengan kemalangan jalan raya dari kediaman atau sebaliknya, Maduners boleh menuntut pampasan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

 

Walaupun kecederaan yang dialami tidak terlalu serius, pihak berkenaan masih perlu memberikan pampasan kepada sesiapa yang terlibat.

#12 Mahkamah Buruh & Mahkamah Perusahaan

Akhir sekali perkara penting yang korang perlu tahu adalah Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan adalah dua entiti yang berbeza.

 

Mahkamah Perusahaan adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan majikan manakala Mahkamah Buruh pula hanya membincangkan hal-hal bagi pekerja yang berpendapatan tidak lebih RM1,000.

 

Jadi kalau Maduners nak selesaikan masalah berkaitan undang-undang kerja pastikan terlebih dahulu Mahkamah mana yang perlu anda rujuk.

people-working-on-building-during-d

Apa-apa pun, sebagai pekerja, Maduners perlulah mengambil peluang ini supaya korang tidak mudah ditindas atau ditipu macam itu sahaja!

Post a Comment