Empat Syarat Putera Harry & Meghan Markle Untuk Temubual Kontroversi Bersama Oprah
Pendedahan mengenai isu-isu ‘panas’ dan kontroversi oleh Putera Harry dan Meghan Markle melalui wawancara yang diadakan bersama lagenda TV iaitu Oprah Winfrey ternyata mendapat perhatian ramai.
View this post on Instagram
Wawancara tersebut juga dikatakan tidak berlaku sebarang sekatan terhadap mana-mana topik yang mereka bicarakan sepanjang program tersebut.
Sesuai janji terhadap Duchess of Sussex dan suami, Putera Harry isu berkaitan perkauman dalam kalangan diraja Britain, monarki diraja serta kesihatan mental adalah antara soalan-soalan ‘panas’ yang diajukan.
View this post on Instagram
Namun, pasangan tersebut dilaporkan mengemukakan empat tuntutan berkaitan bagaimana wawancara mereka digunakan oleh penyiar yang membayar sejumlah besar bagi membolehkannya dipertontonkan ke seluruh dunia, termasuk ITV.
Sebanyak L1 juta (RM5.7 juta) jumlah yang dibayar oleh rangkaian tersebut bagi mendapat hak penyiaran program berdurasi dua jam pada Isnin malam, yang menjangkakan jumlah tontonan luar biasa dapat diperoleh.
Tayangan rancangan tersebut telah memperoleh sebanyak 17.1 juta tontonan daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) seterusnya menjadikan program tersebut sebagai program TV khas kedua yang meraih tontonan kedua tertinggi, tahun ini.
Meghan dan Harry berkata bahawa rancangan itu mesti digunakan sepenuhnya dan tidak boleh disunting dengan cara apa sekalipun.
Syarat kedua yang ditetapkan oleh pasangan tersebut ialah iklan untuk rancangan tersebut tidak boleh disunting sama sekali.
Ketiga, mereka juga meminta agar sinopsis rancangan, yang terdapat dalam panduan program, tidak boleh disunting.
Syarat yang keempat pula memperlihatkan pasangan itu memaklumkan bahawa penyiar hanya dibenarkan menggunakan gambar dan video yang disediakan mereka untuk mempromosikan rancangan tersebut.
Selepas program itu ditayangkan, dakwaan Meghan dan Harry dianalisis serta dibincangkan secara meluas.
View this post on Instagram
Paling mengejutkan adalah apabila pasangan tersebut mendakwa terdapat seorang ahli keluarga diraja Britain terlalu bimbang dengan warna kulit anak mereka, Archie.