
Enam Syarat Yang Boleh Menamatkan Tempoh PKP
Mesti ramai Maduners tertanya-tanya sampai bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan dilaksanakan.
Tapi Maduners kena tahu, untuk tamatkan tempoh PKP, enam kriteria ataupun lebih sesuai dipanggil syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham Abdullah ini harus ditepati dahulu.
Jom, Syaz terangkan enam syarat yang boleh menamatkan tempoh PKP!
1. Kawalan Sempadan
Menurut Dr Noor Hisham, kawalan sempadan yang ketat harus dikenakan jika ingin menamatkan PKP.
Ini kerana khuatir, jika sempadan juga dibuka bersama dengan menamatkan tempoh PKP, terdapat kemungkinan berlaku semula penyebaran wabak Covid-19 daripada warga negara asing.
2. Rakyat Mendengar Arahan: Berada Di Rumah

Jika hendak menamatkan tempoh PKP, Maduners haruslah mendengar arahan dengan berada di rumah.
Dengan mendengar arahan maka menurut Dr Noor Hisham, jika jumlah kes menurun ke satu angka barulah kerajaan akan mempertimbangkan penamatan PKP.
3. Menambahbaik Sistem Kesihatan Dan Pemeriksaan Wabak Covid-19
Perkara ini harus dilihat dengan teliti, unit rawatan khas bagi wabak Covid-19 haruslah mencukupi supaya tidak terdapat individu yang tersisih dan juga kebolehan makmal pengujian untuk melakukan ujian Covid-19, kata Dr Noor Hisham.
4. Kebolehan Menjaga Mereka Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti
Mengikut statistik, mereka yang lebih berusia dan juga kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti, jadi jika menamatkan tempoh PKP pada waktu yang salah akan merisikokan golongan seperti warga emas dan kanak-kanak.
5. Kebolehan Adaptasi Orang Ramai Terhadap Norma Sosial Baru
Kerajaan berasa agak bimbang dengan kebolehan rakyat Malaysia dalam mengadaptasi dengan norma sosial baru.
Jika ingin mendapat peluang untuk menamatkan PKP, haruslah sentiasa tanam dalam diri untuk kerap basuh tangan dan elakkan dari berkumpul secara beramai-ramai.
6. Mengenalpasti kawasan panas Covid-19

Sumber Gambar: Outbreak.my
Menurut Dr Noor Hisham, ini adalah tugasan kerajaan dalam memantau dengan lebih ketat kawasan panas wabak Covid-19 agar tidak berlaku sekali lagi penyebaran Covid-19 yang tidak diingini.