Enam Zirafah Ditemui Mati Akibat Krisis Kebuluran – Manis Madu
Enam Zirafah Ditemui Mati Akibat Krisis Kebuluran

Enam Zirafah Ditemui Mati Akibat Krisis Kebuluran

Beberapa gambar memaparkan sekumpulan zirafah ditemukan mati dalam keadaan berbaring bersama selepas terperangkap dalam lumpur di Kenya, menjadi tular di laman media sosial.

 

Gambar itu tular ditengah-tengah kebimbangan pakar mengenai kemarau yang melanda negara Afrika yang dijangka boleh membunuh kira-kira 4,000 haiwan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BBC News (@bbcnews)

Menurut laporan, enam ekor zirafah itu ditemukan mati di sebuah kawasan kering di Konservasi Hidupan Liar Sabuli di Wajir.

 

Difahamkan, haiwan itu terperangkap dalam lumpur apabila cuba minum air dari takungan berhampiran yang hampir kering.

 

Berdasarkan gambar diambil di lokasi kejadian, kumpulan zirafah itu sudah mati beberapa hari lalu dan bangkai haiwan itu menunjukkan tanda-tanda pereputan.

 

Zirafah itu dipindahkan ke pusat konservansi di Sabuli, timur laut Kenya bagi mengelakkan pencemaran pada air takungan.

 

Krisis air dan makanan disebabkan kekurangan hujan menjejaskan kehidupan manusia dan haiwan di negara itu.

 

Akhbar tempatan Kenya, The Star melaporkan sebanyak 4,000 zirafah berhampiran wilayah Garissa berisiko mati. 

 

Seorang pekerja di pusat perlindungan zirafah Bour-Algi, Ibrahim Ali berkata, musim kemarau memburukkan lagi keadaan bagi kebanyakan haiwan.

Post a Comment