Engku Aleesya Belum Bersedia Terima Ayah Baru “Ayah Nak Kahwin Biarkan…Mama Tak Perlu” – Manis Madu
Engku Aleesya Belum Bersedia Terima Ayah Baru

Engku Aleesya Belum Bersedia Terima Ayah Baru “Ayah Nak Kahwin Biarkan…Mama Tak Perlu”

Selepas bekas suami selamat menamatan zaman bujang buat kali kedua, pelakon dan penyanyi Erra Fazira tidak menolak takdir untuk bergelar isteri kembali jika bertemu lelaki yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 47, berkata, dia hanya akan meneruskan hasrat berkenaan sekiranya mendapat persetujuan daripada anak tunggalnya, Engku Aleesya.

 

“Saya okay sahaja kalau anak okay tapi kalau ada jodoh, adalah nanti. Saya ada usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu.” ujarnya sambil ketawa.

 

Mengulas lanjut mengenai perasaan anak berhubung perkahwinan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 37, Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang merupakan hasil perkahwinan Nabila terdahulu dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden.

 

“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden,” katanya.

 

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai pada 18 Februari 2014.

 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 12 tahun.

Post a Comment