Fatimah The Family UK Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Paru-Paru
Kanak-kanak yang tular beberapa tahun lalu dengan kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan, Fatimah The Family UK dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut hantaran di laman Instagram @thefamily.uk, mereka berkongsi foto terkini Fatimah dan meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan si comel itu.
View this post on Instagram
“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.
“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain,” tulis akaun tersebut.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran laman sosial itu lagi, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans. Susulan itu, difahamkan Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca penyakit dialaminya sudah dikenal pasti.
View this post on Instagram
“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Fatimah dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemerhatian. Nebuliser off, ujian swab Covid-19 negatif,” tulis kenyataan akaun tersebut.
Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata doa daripada warganet serta rakan selebriti. Masing-masing mendoakan agar Fatimah diberi kesembuhan segera.
Untuk info, Fatimah mula menjadi sorotan ramai apabila Instagram yang sering menampilkan telatah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang seawal usianya 4 tahun.
View this post on Instagram
Walaupun dilahirkan dan membesar di Birmingham, England, ibu bapa Fatimah mendidik mereka agar tidak melupakan Bahasa Malaysia membuatkan mereka adik-beradik sangat fasih berbahasa ibunda.
Dia juga terkenal dengan kefasihannya menuturkan loghat Kelantan memandangkan keluarga mereka berasal dari sana. Selain Bahasa Malaysia, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.