‘Feeling’ Berendam Dalam Bathtub Mewah, 10 Bathtub Hotel Terbaik Di KL! – Manis Madu
Feeling Berendam Dalam Bathtub Mewah, 10 Bathtub Hotel Terbaik Di KL

‘Feeling’ Berendam Dalam Bathtub Mewah, 10 Bathtub Hotel Terbaik Di KL!

Bagi Maduners yang suka bercuti, pemilihan tempat penginapan pasti menjadi salah satu perkara yang akan diutamakan. Penginapan yang selesa dilengkapi dengan kemudahan yang baik dan bersih, bonus jika disajikan dengan pemandangan yang cantik!

 

Kali ini Madu akan senaraikan beberapa hotel di ibu kota yang memiliki bathtub yang menarik. Memang tak jemu mata memandang!

1. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt merupakan antara hotel 5 bintang popular di Malaysia. Hotel ini terletak di 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Tengoklah ruangan mandinya, eksklusif betul!

Grand Hyatt Kuala Lumpur - Grand Suite - Bathroom
Grand Hyatt Kuala Lumpur - Grand Deluxe Room - Bathroom

2. W Kuala Lumpur

Terletak di pusat Segi Tiga Emas, W Kuala Lumpur menyediakan penginapan dalam hiruk-pikuk pusat bandar Kuala Lumpur.

 

Ia berada 350 meter dari Dinosaur Alive KL, Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC, manakala Aquaria KLCC terletak 900 meter darinya. Menara KL dan Pavilion Kuala Lumpur berada 2 km dari W Kuala Lumpur.

W Kuala Lumpur - Guest Bathroom
W Kuala Lumpur - EWOW Suite Bathroom

3. St Regis Kuala Lumpur

Antara salah satu hotel bertaraf lima bintang terbaik di Kuala Lumpur! Terdapat sebanyak 28% golongan usahawan yang berkunjung ke St Regis Kuala Lumpur!

St Regis Kuala Lumpur - Grand Deluxe Guest room - Bathroom
St Regis Kuala Lumpur - Caroline Astor Suite - Bathroom

4. Banyan Tree Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur terletak di 2 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

 

Hotel mewah ini menawarkan bilik dan suite mewah dengan kemudahan lengkap. Ditambah dengan beberapa perkhidmatan seperti spa, gym, ruang makan, photo gallery, kolam renang terbuka dan lain-lain dapat memberi pengalaman yang indah jika menginap di sana.

Signature Banyan Retreat - Bathroom
Banyan Tree Suite - Bathroom

5. The Majestic Hotel Kuala Lumpur

The Majestic Hotel ini terletak tidak jauh dari Grand Hyatt Hotel. Sekitar 2.6km sahaja jaraknya. Hotel 5 bintang ini beralamat di No.5, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

The Majestic Hotel Kuala Lumpur - Deluxe Room - Bathroom
The Majestic Hotel Kuala Lumpur - Premier Suite - Bathroom

6. Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur yang terletak di 3 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur ini, Maduners boleh bermalam di sana dengan harga bermula RM250 satu malam.

Hilton Kuala Lumpur - Twin Deluxe - Bathroom
Hilton Kuala Lumpur - Lifestyle Suite - Bathroom

7. EQ Kuala Lumpur

Hotel Equatorial awalnya dibuka pada tahun 1973 dan terkenal sebagai hotel 5 bintang utama di negara. Hotel ini kemudiannya ditutup pada tahun 2012 untuk pembangunan semula dan dibuka semula pada Mac 2019.

 

Hotel ini pernah mendapat anugerah Tripadvisor’s Travellers ’Choice Award sejak 2019, EQ baru terbina dengan menara 52 tingkat! 

 

Ia menawarkan 440 bilik dan suite dengan kemudahan mewah dan pemandangan bandar yang mengagumkan dari setiap sudut pandangan.

Thailand Pass ialah sistem berasaskan web-based untuk pelancong yang memasuki negara tersebut.
EQ Kuala Lumpur Bilik Biasa_2

8. RuMa Kuala Lumpur

RuMa Kuala Lumpur juga merupakan antara hotel mewah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan Maduners, hotel ini di undi sebagai 100 Hotel Paling Hebat di Dunia oleh Fodor’s Travel 2020. Wow!

RuMa Kuala Lumpur - Grand Suite - Bathroom
RuMa Kuala Lumpur - Room - Bathroom

9. Le Méridien Kuala Lumpur

Rata-rata review daripada pengunjung mengatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Le Méridien Kuala Lumpur!

 

Dari segi kebersihannya, kemudahan disediakan, keselesaan dan lain-lain mendapat rating tertinggi juga dalam kalangan hotel 5 bintang yang lain.

Le Méridien Kuala Lumpur - Presidential Suite
Le Méridien Kuala Lumpur - Premier Room

10. KLoé Hotel Kuala Lumpur

KLoé adalah gabungan nama ‘Kuala Lumpur’ dan ‘Chloe’, nama Yunani untuk ‘tender, young shoot’, atau ‘segar mekar’. Seperti namanya, KLoé menjanjikan sesuatu kelainan dengan jaminan harga terbaik! 

 

Mereka mempunyai 80 bilik dan 5 loteng yang berada di halaman tengah, dihubungkan dengan jalan pejalan kaki terbuka dan dinding hijau yang subur.

KLOE Hotel

Pakej suite sahaja yang mempunyai bathtub.

 

Puas tak cuci mata tengok bathtub hotel-hotel di ibu kota ini? Lebih puas kalau korang staycation di sana sehari dua. Confirm tak menyesal!

 

Sumber Gambar: Grand Hyatt, W Kuala Lumpur, The St. Regis Kuala Lumpur, Banyan Tree Kuala Lumpur, The Majestic Kuala Lumpur, Hilton Kuala Lumpur, RuMa Kuala Lumpur, Le Meridien Kuala Lumpur, KLOE

Post a Comment