Filem Diulang Tayang Selepas 45 Minit Kerana Pelanggan VIP Baru Sampai? – Manis Madu
Filem Diulang Tayang Selepas 45 Minit Kerana Pelanggan VIP Baru Sampai_

Filem Diulang Tayang Selepas 45 Minit Kerana Pelanggan VIP Baru Sampai?

Kecoh di media sosial apabila terdapat individu mendakwa pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) bertindak memainkan semula tayangan filem ‘The Batman’ selepas 45 minit kerana terdapat pelanggan ‘VIP’ yang baru sahaja tiba di pawagamnya di pusat beli-belah Vivacity.

 

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazillah Raduan, yang berkongsi pengalaman menonton tayangan berkenaan bermula pukul 7.15 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.

Dia memaklumkan, sewaktu sedang menonton tiba-tiba seorang kakitangan masuk ke dalam panggung dan membuat pengumuman bahawa mereka akan mengulang semula filem itu dari awal.

 

“Filem ini berdurasi 178 minit. Sekarang saya terpaksa menunggu 45 minit lagi hanya kerana sekumpulan orang masuk lewat?

 

“Ini bukan tentang duit, ini tentang keadilan. Adakah anda cuba memberitahu saya bahawa saya dan pelanggan yang lain adalah kurang penting daripada mereka yang sampai lambat itu,” katanya.

 

Susulan daripada itu, TGV dalam satu kenyataan di Twitternya berkata, pihaknya memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengakui insiden itu tidak mematuhi prosedur tayangan mereka.

“Sebagai tanda maaf, TGV juga ingin menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas.

 

“Pihak TGV juga akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.

Post a Comment