Filem Indonesia “Ku Kira Kau Rumah” Tular, Malaysia Tayang 24 Februari Ini – Manis Madu
Filem Indonesia “Ku Kira Kau Rumah” Tular, Malaysia Tayang 24 Februari Ini

Filem Indonesia “Ku Kira Kau Rumah” Tular, Malaysia Tayang 24 Februari Ini

“Ku kira kau rumah, ternyata…”

 

Sehari dua ini banyak juga hantaran di media sosial tentang ‘quote’ di atas Madu jumpa. Ingatkan quote biasa jerr rupanya berasal daripada sebuah filem Indonesia.

 

Filem Ku Kira Kau Rumah lakonan Prilly Latuconsina dan Jourdy Pranata ini mula ditayangkan di pawagan Indonesia pada 3 Februari lalu dan mula tular di media sosial.

Khabarnya, filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Niskala (Prilly Latuconsina) yang menghidap penyakit Bipolar dan digambarkan memiliki perwatakan pelik. Kehidupan Niskala berubah secara drastik setelah bertemu Pram (Jourdy Pranata).

 

Rentetan daripada tularnya ulasan tentang filem ini, rakyat Malaysia juga turut merasai kehangatan filem itu sehingga meminta filem itu juga ditayangkan di Malaysia.

 

Semalam, GSCinema memuat naik poster filem berkenaan yang dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada 24 Februari ini melalui ciapan di Twitter.

Dalam ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja menanti tayang filem berkenaan di Malaysia.

 

Untuk pengetahuan Maduners, sebelum filem ini mula dibuat, rupa-rupanya sudah ada sebuah lagu judul yang sama dikeluarkan kira-kira 4 tahun lalu. Cuba Maduners dengar, best lagunya!

Hangat betul ya penangan filem ini. Belum tayang di Malaysia tapi dah ramai mula ajak kawan-kawan untuk tonton bersama!

Post a Comment