Gadis Cuak Jumpa Kesan Tompokan Darah Dalam Bilik
Kewujudan entiti misteri tidak boleh dinafikan kerana mereka sememangnya wujud.
Baru-baru ini, tular sebuah gambar di media sosial menunjukkan kesan tompokan darah yang didakwa muncul secara tiba-tiba di sebuah kediaman baru-baru ini.
Ciapan di Twitter menerusi @ddgafdat, perkara itu mula disedarinya ketika bangun pagi dan menimbulkan tanda tanya apabila darah yang ditemui bukan miliknya.
bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku pikir ni darah period ke apa tapi bila check ni bukan darah period . lepastu sebab dia nampak kesan macam tangan , aku check tangan ngan kaki aku kot ada kesan tu . bila aku check takde jugak . sebelah katil macam diseret kebawah katil weh pic.twitter.com/YOHznIj4Qg
— 𝘓𝘺𝘢𝘢 (@ddgafdat) March 11, 2022
“Bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku ingat ni darah period ke apa tapi bila check bukan.
Lepastu, sebab dia nampak kesan macam tangan, aku check tangan dan kaki aku tapi takde juga. Sebelah katil macam diseret ke bawah katil weh,” tulisnya.
Bagaimanapun, masa dan lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dikenal pasti.
Jelasnya lagi, kesan darah itu juga bukan milik haiwan atau serangga kerana dia tidak mempunyai sebarang binatang perliharaan.
“Kalau nak cakap kucing tangkap tikus or ada tikus mati that doesn’t make sense sebab rumah aku takde kucing dan tikus,” katanya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi berikut.
“Dulu penah jadi juga dekat rumah kat kampung. Kitorang bangun pagi tengok ada darah dekat depan pintu (dalam rumah). Kesan jari macam ni pastu ada darah menitik nitik. Cari punca taktau dari mana dan taktau ke mana dia hilang,” luah @anysnatrah.
“Pernah kena tapi bukan kat lantai rumah tapi kena kat badan sendiri. Bahagian pipi dengan badan macam kena cakar. Bukan darah sendiri tapi bila basuh rasa sakit,” ujar @Farisiranfancp