Gadis Sangka ‘Tershopping’ Ketika Tidur, Rupanya – Manis Madu
Gadis Sangka ‘Tershopping’ Ketika Tidur, Rupanya

Gadis Sangka ‘Tershopping’ Ketika Tidur, Rupanya

Pernah tak Maduners mengalami masalah mengigau ketika tidur? Kadang-kadang, mengigau ketika tidur ini boleh mendorong melakukan perbuatan yang berbahaya. Contohnya berjalan ketika tidur, bercakap kata-kata yang mengguris perasaan atau terbeli barangan online banyak-banyak!

 

Perkara itu juga yang pada sangkaan awalnya berlaku pada gadis dikenali sebagai @xserizahra di laman Twitter.

Menurut Seri, kadang-kadang dia berdepan masalah mengirim pesanan mesej kepada orang lain ketika tidur dan pada satu petang, dia tidur seketika.

 

Apabila bangun, Seri terkejut kerana ketika membuka aplikasi Shopee terdapat banyak notification menunjukkan dia telah membeli beberapa barangan.

 

“Did I just shop when I was asleep??!!!” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Persoalannya, betul ke dia shopping ketika tidur?

 

Rupa-rupanya tidak! Ternyata, barang-barang yang dibeli dari Shopee itu telah dibeli oleh kekasihnya yang mahu surprise kan dia sempena Valentine Day.

 

Apparently my bf bought it for me. Dia taktau nak beli apa so he opened my Shopee and beli stuff from my cart,” jelasnya.

 

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan bahawa gadis itu seorang yang beruntung kerana memiliki kekasih seperti teman lelakinya.

 

You have the best one,” tulis @pkaaaaa_

“Bestnya ada someone clear your chart, nak jugakkk,” @Fizaaahhh_

Post a Comment