Wanita Di Kanada Tersalah Hubungi Polis UK Untuk Minta Bantuan – Manis Madu
Wanita Di Kanada Tersalah Hubungi Polis UK Untuk Minta Bantuan

Wanita Di Kanada Tersalah Hubungi Polis UK Untuk Minta Bantuan

Pihak polis di England berjaya menyelamatkan seorang wanita Kanada biarpun dia tersalah menghubungi pihak berkuasa di bandar Durham. 

 

Menurut laporan, mangsa yang tinggal di Durham, Ontario menghubungi polis di Durham, United Kingdom (UK) selepas seorang lelaki memecah masuk rumahnya. 

 

Lokasi balai polis itu terletak sejauh 4,800 kilometer dari lokasi rumahnya.

“Saya perlukan bantuan, dia (suspek) akan datang dan sudah berada dalam rumah,” tulis mangsa menerusi kemudahan kecemasan perbualan langsung dalam talian. 

 

Polis UK kemudiannya menyedari wanita tersebut sebenarnya membuat panggilan dari Kanada. 

 

Anggota penyelamat itu kemudian menghubungi polis Durham di Ontario dan anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian 30 minit selepas itu.

 

Seorang lelaki berusia 35 tahun yang berada di dalam rumah tersebut berjaya ditangkap dan didakwa atas kesalahan pecah rumah, menyerang, mengurung secara paksa dan mengingkari perintah mahkamah.

Post a Comment