Gadis Teruk Dikecam Kerana Hamil Di Usia 13 Tahun! – Manis Madu
Gadis Teruk Dikecam Kerana Hamil Di Usia 13 Tahun

Gadis Teruk Dikecam Kerana Hamil Di Usia 13 Tahun!

Menurut laporan Daily Star, seorang gadis dikenali sebagai Maddie Lambert berkongsi kisah ketika dia hamil pada usia 13 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mads👼🏼 (@maddieelambertt)

Maddie yang kini berusia 17 tahun berkata, dia sedar telah menjadi bualan orang ramai selepas disahkan mengandung pada usia cukup muda.

 

Lebih parah, gadis yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) ini turut menjadi mangsa buli siber dan menerima kecaman di media sosial.

 

Mengimbas perkara berkenaan, dia turut menerima mesej yang mendoakan agar dia meninggal dunia ketika bersalin kelak. Malah, terdapat netizen yang berkongsi pautan laman web klinik untuk dia menggugurkan kandungan!

 

“Pada waktu itu, saya sangat takut dengan reaksi yang bakal diterima. Saya terima banyak mesej kebencian.

 

“Perkara negatif itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi ibu yang baik,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mads👼🏼 (@maddieelambertt)

Maddie juga menyifatkan kehadiran anaknya dianggap sebagai satu penyelamat dalam hidupnya. Kini, dia sudah bergelar YouTuber selepas kelahiran anaknya dan kini mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di platform berkenaan.

Post a Comment