Ganti Daging Korban Dengan Alat Motosikal, Tindakan Lelaki Ini Undang Kemarahan Warganet – Manis Madu
Featured Image 1219

Ganti Daging Korban Dengan Alat Motosikal, Tindakan Lelaki Ini Undang Kemarahan Warganet

Setiap kali menyambut perayaan Aidiladha antara salah satu perkara wajib yang akan dilakukan umat Islam adalah melaksanakan ibadah korban.

 

Daging korban yang siap disembelih dan dilapah pasti akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerima serta penduduk-penduduk setempat.

 

Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia dikecam teruk oleh warganet selepas dia bertindak menukar daging korban yang diterimanya sempena Hari Raya Aidiladha dengan alat ganti motosikal. 

 

Menurut laporan Suara.com, lelaki berkenaan memuat naik agihan daging korban yang diterimanya di media sosial sebanyak 13 kg daripada jiran-jiran.

 

Berikutan kenyataan di laman sosial tersebut, lelaki berkenaan bagaimanapun memberitahu dia telah menipu ibunya sendiri bahawa daging korban yang diterima hanyalah 2kg sahaja.

“Saya memberitahu ibu bahawa agihan daging yang diterima daripada jiran hanyalah 2kg sahaja, manakala  11kg lagi saya tukar dengan alat ganti motosikal”.

 

Lelaki berkenaan tidak menyangka ada juga yang mahu lakukan sistem barter dengan menggantikan alat ganti motosikal dengan daging korbannya.

 

Tindakan yang tidak berasas oleh lelaki itu telah mendapat kecaman dan mengundang kemarahan ramai warganet.

 

“Pintu neraka sudah menjemput” – @Mine7172403198

 

“Dasar tak mengenal untung” – @aprazolam2000an

Post a Comment