Gara-Gara Gurauan Tidak Cerdik Ryzal Duriankimchi, Netizen ‘Cancel’ Pasangan Malaysia Korea Ini? – Manis Madu
Gara-Gara Gurauan Tidak Cerdik Ryzal Ibrahim Duriankimchi

Gara-Gara Gurauan Tidak Cerdik Ryzal Duriankimchi, Netizen ‘Cancel’ Pasangan Malaysia Korea Ini?

Tidak semua perkara di dunia ini boleh dijadikan bahan jenaka dan dipersendakan. Apatah lagi perkara yang melibatkan adat, budaya dan agama. Sangat sensitif!

 

Tular di media sosial apabila tindakan seorang instafamous, Ryzal Duriankimchi mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video yang dimuat naik di InstaStory miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Perbuatan ini membangkitkan kemarahan netizen terutamanya kaum Iban sendiri.

 

Menerusi video berkenaan, isteri Ryzal yang merupakan warga Korea Selatan, Maryam You Narae, 28, memakai busana tradisional itu, dipercayai selepas selesai ditata rias.

 

Ryzal kemudiannya bertindak merakam dirinya menyamakan aksesori dan material busana berkenaan seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain buruk, langsir, tikar serta tali pinggang pengakap.

“Syiling orang letak dalam poket, diorang letak kat sini.”

 

“Ini apa ni? Kain meja apa ni? Alas TV tahun 70-an.”

 

“Ini kain buruk, letak mesin basuh yang ini.”

 

“Nak bagi orang tengok langsir dia cantik.”

 

“Ini apa ni? Tikar?”

 

“Ni tali pinggang pengakap.”

 

Menurut mStar, Kebanyakan netizen mengecam tindakan Ryzal, 28, dan menyifatkannya sebagai tidak sensitif dan menghina pakaian tradisional kaum itu.

 

Rentetan perkara itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim segera tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan bahawa dia hanya bergurau mengenai perkara itu dan tiada niat untuk menghina pakaian tradisional berkenaan.

 

“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ia gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Melalui hantaran berasingan, Ryzal turut memuat naik video permohonan maaf berhubung tindakannya itu.

Post a Comment