Gara-Gara Hina Polis, Wanita Didenda RM5,000 – Manis Madu
menghina polis menerusi media sosial

Gara-Gara Hina Polis, Wanita Didenda RM5,000

Menurut laporan Bernama, seorang wanita yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Seksyen tahun lalu selepas mengaku bersalah menghina polis menerusi media sosial, telah terlepas daripada menjalani hukuman tersebut apabila Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman berkenaan.

 

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu terhadap Nursahira Mohd Mizuar, 20, selepas membenarkan rayuannya serta menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

 

Pada 31 Mac tahun lalu, Nursahira dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara setelah dia mengaku bersalah memulakan komunikasi jelik melalui Facebook, dengan niat menganiaya di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang pada 10:12 malam 27 Mac tahun lepas.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Difahamkan, Nursahira yang bekerja sebagai pembantu kedai pada ketika itu telah memuat naik status di Facebook kerana marah dengan tindakan polis yang memintanya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, di Pendang pada 9 malam.

 

Setelah rayuan dibuat, Mahkamah Seksyen meringankan hukuman buat Nursahira iaitu hanya membayar RM5,000 serta mengetepikan hukuman penjara tiga bulan.

 

Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Nursahira berkata, anak guamnya telah dipenjara selama 10 hari dan hukuman itu sudah memadai serta merayu agar hukuman diringankan kerana perayu sangat menyesal serta insaf atas tindakannya.

 

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan iktibar buat semua!

Post a Comment