Wanita Guna Khidmat Jurupeluk Lelaki Lain Ketika Berjauhan Dengan Suami – Manis Madu
Wanita Guna Khidmat Jurupeluk Lelaki Lain Ketika Berjauhan Dengan Suami

Wanita Guna Khidmat Jurupeluk Lelaki Lain Ketika Berjauhan Dengan Suami

Menurut laporan Daily Star, seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami.

memeluk

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi sebuah platform iaitu Cuddlist. Platform ini menawarkan khidmat pemeluk profesional.

 

Difahamkan, Saskia terpaksa berjauhan dengan suaminya, Arthur dalam satu tempoh yang lama selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.

 

Keadaan itu menyebabkan dia merasa sunyi dan kesepian, lalu mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) satu jam.

 

“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya sudah berkahwin namun saya tak hiraukan kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam satu program televisyen, Love Don’t Judge.

 

Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut!

Saskia and I haeva monogamous relationship

Sumber gambar: dailystar.co.uk

Menurut Arthur, meskipun dia dan isterinya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar integriti hubungan mereka.

 

“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain. Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan. Jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya.

Post a Comment