Gara-Gara Tegur Suami Mabuk, Isteri Bakal Dipenjara Setahun – Manis Madu
Gara-Gara Tegur Suami Mabuk, Isteri Bakal Dipenjara Setahun

Gara-Gara Tegur Suami Mabuk, Isteri Bakal Dipenjara Setahun

Gara-gara memarahi suaminya kerana sering mabuk, seorang wanita berdepan dengan hukuman penjara setahun.

 

Dalam sesi perbicaraan di mahkamah di Karawang, Jawa Barat, wanita itu memberitahu hakim, fakta yang dikemukakan oleh peguam bela suaminya tidak tepat dan dia berasa keberatan untuk dipenjara hanya kerana memarahi suaminya pulang dalam keadaan mabuk.

 

“Barisan juri menuntut saya dihukum penjara selama setahun. Adakah seorang isteri tidak boleh menegur suami yang sering mabuk?

 

“Adakah isteri perlu menyambut kepulangan suami yang mabuk dengan penuh mesra dan senyuman?” soal wanita itu.

 

Sehubungan itu, hakim meminta wanita itu mengemukakan hujah pembelaan pada minggu depan sebelum keputusan dibuat.

 

Barisan juri sebelum ini menuntut wanita itu dipenjara selama setahun selepas mendapati dia melanggar Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 mengenai Penghapusan Keganasan Rumah Tangga terhadap suaminya yang berasal dari Taiwan.

 

Wakil juri, Glendy Rivano berkata, wanita tersebut sering memarahi suaminya menggunakan kata-kata kesat sehingga menyebabkan psikologi lelaki itu terganggu.

 

Kes itu dibawa ke mahkamah selepas wanita itu membuat laporan mendakwa suaminya mengabaikan dia serta anak-anak kerana sering mabuk.

Post a Comment