Kelakuan ‘Rare’ Beli McD Tunggang Kuda, Netizen Persoal Tahi Kuda Siapa Nak Kutip! – Manis Madu
Kelakuan ‘Rare’ Beli McD Tunggang Kuda, Netizen Persoal Tahi Kuda Siapa Nak Kutip!

Kelakuan ‘Rare’ Beli McD Tunggang Kuda, Netizen Persoal Tahi Kuda Siapa Nak Kutip!

Tidak dinafikan, zaman sekarang perkara yang diluar kebiasaan akan mendapat perhatian ramai. Masing-masing bersaing menunjukkan sisi ‘rare’ tersendiri pada khalayak umum.

 

Baru-baru ini, media sosial dihidangkan dengan tindakan rare sekumpulan penunggang kuda yang menggunakan khidmat pandu lalu di restoran makanan segera McDonald’s dengan menunggang kuda.

 

Ciapan @Twt_Putrajaya di laman Twitter itu ternyata berjaya mendapat perhatian netizen.

Only in Cyberjaya. ‘Drive thru’ McD guna kuda sebab kereta dah terlalu mainstream,” kongsi akaun tersebut turut disertakan dengan beberapa keping gambar.

 

Susulan ciapan tersebut, muncul komen netizen yang mempersoalkan perbuatan tersebut. Perkara itu disifatkan sebagai sengaja menunjuk-nunjuk dan tidak wajar dilakukan.

 

Antara perkara lain yang membuatkan netizen tidak senang duduk adalah tentang kebersihan (najis kuda), keselamatan serta pematuhan SOP ketika ‘aktiviti rare’ itu dilakukan.

 

“Mask tak pakai, taik kuda bersepah. Geng kayangan nak jadi terpaling terviral terrare sekali,” tulis @CheDonSayang

“Habis tu berak dia tu dia orang bersihkan sendiri ke tidak? Mask memang tak perlu pakai ke? Takde sesiapa nak kompaun sebab tak pakai mask? Atau ada SOP tak perlu pakai mask bila naik kuda ke McD?” ciap @yazidanuar

Meskipun begitu, pihak @Twt_Cyberjaya menerangkan situasi sebenar ketika itu dan menjawab persoalan yang dibangkitkan netizen di akhir ciapannya.

“Sebenarnya ada event bersama team 3S Equestrian di McD Edusphere. Mereka pun ada team untuk kutip tahi-tahi kuda masa event tu,” tambahnya.

Post a Comment