Gemar Buat Tatu Sementara Sejak Bayi Enam Bulan, Pereka Fesyen Teruk Dikecam – Manis Madu
Gemar Buat Tatu Sementara Sejak Bayi Enam Bulan, Pereka Fesyen Teruk Dikecam

Gemar Buat Tatu Sementara Sejak Bayi Enam Bulan, Pereka Fesyen Teruk Dikecam

Tular di media sosial apabila seorang pereka fesyen dari Florida, Amerika Syarikat gara-gara tabiatnya yang gemar membuat tatu sementara pada badan bayi lelakinya.

 

Dalam laporan laman Oddity Central, Shamekia Morris berusia 29 tahun dari bandar West Palm Beach itu mula membuat tatu sementara pada badan anak lelakinya, Treylin ketika dia berusia enam bulan.

 

Sejak itu, perkara berkenaan menjadi satu kebiasaan buatnya dan gambar puteranya yang bertatu akan dikongsikan kepada ribuan peminat di media sosial termasuk TikTok dan Instagram.

Walaupun hasil tatu itu dilihat agak menarik, namun segelintir pengguna menggelarkan Morris sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab.

โ€œSaya mendapat banyak maklum balas, mereka berkata bahawa saya membesarkan anak untuk menjadi samseng. Mereka tidak biasa melihat seorang bayi bertatu.

 

โ€œKritikan itu amat mengerikan. Ia menyakiti perasaan saya kerana saya tahu saya bukan seorang ibu yang jahat,โ€ jelas Morris.

 

Meskipun berdepan kecaman, wanita berkenaan tidak bercadang untuk mengubah caranya dalam masa terdekat. Dia yakin, dia adalah seorang ibu yang baik buat anaknya, Treylin dan tidak juga bercadang untuk berhenti membuat tatu sementara kepada bayi itu.

Post a Comment