Kes Gangguan Seksual Da’i Syed, Pengadu Tarik Balik Laporan? – Manis Madu
Kes Gangguan Seksual Da’i Syed, Pengadu Tarik Balik Laporan

Kes Gangguan Seksual Da’i Syed, Pengadu Tarik Balik Laporan?

Keputusan bagi dua pertuduhan jenayah seksual yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed akan diketahui pada 31 Mei ini setelah pengadu kes berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

 

Nasib pendakwah selebriti berkenaan akan ditentukan hujung bulan ini sama ada dua pertuduhan jenayah seksual yang dihadapkan terhadapnya akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Menurut laporan, Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memberitahu bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat mengumumkan mengenai penarikan laporan polis yang dibuat mangsa.

 

Peguam bela yang mewakili Da’i Syed, Syed Amirul Syed Edros berkata, meskipun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa untuk meneruskan pendakwaan.

 

“Kes itu masih boleh didengar kerana pihak pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan dengan meminta sapina dan waran tangkap dikeluarkan,” jelasnya.

 

Terdahulu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana pada 17 Oktober 2020.

Post a Comment