Genggam Tangan & Paksa Beri Profil Facebook, Gadis Trauma Kena Gangguan Seksual
Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang gadis dikenali sebagai Nadie yang berkongsi tentang pengalaman ngerinya diganggu seorang lelaki tidak dikenali mendapat perhatian warganet.
Berdasarkan penceritaannya dalam ciapan tersebut, Nadie berpesan kepada para wanita yang selalu menggunakan perkhidmatan awam agar lebih berhati-hati dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
untuk perempuan yang selalu naik public transport, please be safe ❤️
i was okay going anywhere alone all this time but today, 7.40am @ MRT sungai jernih, there’s one guy approached me. dia hulur phone dia dekat i, and mintak i search nama Facebook i. I refused politely-
— nad (@naddiiiee) July 1, 2022
Nadie berkata, sebelum ini dia berasa selamat untuk ke mana-mana bersendirian namun selepas kejadian diganggu seorang lelaki di stesen MRT Sungai Jernih, dia menjadi trauma.
Ceritanya, ketika itu sekitar jam 7.40 pagi, dia ditegur oleh lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba menghulur telefon dan meminta nama profil Facebook nya.
Meskipun gadis itu enggan memberinya namun lelaki itu tetap memaksa sehingga dia terpaksa menipu mengenai status dan mengatakan dia sudah berkahwin.
“Tak salah pun kan, kalau dah kahwin pun tak salah kan nak kenal-kenal,” ujar lelaki itu.
Walaupun sudah diasak berkali-kali, Nadie masih tetap tidak mahu memberi apa yang diminta lalu menyebabkan lelaki itu bertindak menggenggam pergelangan tangannya dengan kuat.
“I cakap “lepas, kalau tak aku jerit” dia terus lepas and I terus gerak ke arah escalator. I nampak pantulan dia dekat cermin berjalan slow ke arah I, I terus call boyfriend I. And dia patah balik and turun guna lif,”
Setelah itu, barulah lelaki berkenaan melepaskan Nadie dan berlari ke arah escalator untuk turun ke bawah sekaligus membuatkannya berasa lega kerana tidak lagi nampak kelibat lelaki itu.
Dalam pada itu, Nadie berkata dia sering membaca mengenai gangguan seksual namun kali ini perkara itu telah terjadi pada dirinya sendiri dan berasa kecewa kerana para wanita sering perlu menghadapi situasi seperti ini.
Malah, dia turut berpendapat bahawa lelaki sepatutnya menjadi pellindung buat wanita dan bukan sebaliknya.