Tular Video Kanak-Kanak ‘Perli’ Ibu Ketika Pujuk Adik, Netizen Terhibur! – Manis Madu
Tular Video Kanak-Kanak ‘Perli’ Ibu Ketika Pujuk Adik, Netizen Terhibur!

Tular Video Kanak-Kanak ‘Perli’ Ibu Ketika Pujuk Adik, Netizen Terhibur!

Penggunaan telefon pintar sudah menjadi kemestian di zaman ini. Menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada didalamnya juga adalah perkara biasa sehingga kadang-kadang kita tak sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling.

 

Oleh itu sangat penting untuk pengguna bijak menyeimbangkan penggunaan agar tidak mempengaruhi aktiviti harian.

 

Baru-baru ini, menerusi aplikasi TikTok, satu perkongsian video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lyza Malek menunjukkan anak lelakinya sedang mengasuh anaknya yang masih bayi telah membuatkan ramai warganet terhibur.

Dalam video berkenaan, anak lelakinya dilihat memujuk bayi dengan menyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai. Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila dia telah menukar lirik lagu asuhan itu dengan frasa lain.

 

Lirik berkenaan katanya seolah-olah memerli si ibu yang sedang merakam gelagatnya.

 

“Adik jangan nangis, emak tengok handphone,” nyanyi kanak-kanak tersebut.

 

Di ruangan komen, ibunya ada menjelaskan bahawa ketika itu dia mahu merakam gelagat anaknya yang bijak memujuk adik bayi tetapi lain pula jadinya.

 

“Kita nak rakam konon pandainya dia pujuk baby. Tak sangka rakaman ibu disalah ertikan,” ujarnya.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki yang disifatkan berani ‘memerli’ ibunya dengan mendendangkan lagu yang diubah lirik seperti itu.

 

“Yang last sekali panjang betul ‘handphone’ nya tu, perli sungguh ni,”

 

“Nasib adik tak boleh cakap lagi, kalau tak rancak borak pasal mak tengok handphone,”

 

“Adoiii acik gelak berdekah-dekah ni ha, tengok abang nyanyi,”

 

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.2 juta tontonan, 172.9k tanda suka dan 7217 komen di laman TikTok.

Post a Comment