Gigih Kejar Rider Nak Tegur Tali Beg Terjuntai, Pasangan Suami Isteri Raih Pujian – Manis Madu
Gigih Kejar Rider Nak Tegur Tali Beg Terjuntai, Pasangan Suami Isteri Raih Pujian

Gigih Kejar Rider Nak Tegur Tali Beg Terjuntai, Pasangan Suami Isteri Raih Pujian

Tindakan sepasang suami isteri mengejar seorang pekerja penghantar makanan untuk menegur terdapat salah satu tali begnya terjuntai dari atas motor telah meraih pujian ramai.

 

Menerusi perkongsian video oleh @cikatennazlan di TikTok, dia meminta suaminya mengejar ‘rider’ tersebut apabila terperasan bahawa salah satu tali yang digunakan untuk mengikat beg makanannya terjuntai dan perkara itu mungkin akan mengundang bahaya kepadanya.

@cikatennazlan_ berbuat baik pada orang, dengan harapan orang lain juga akan berbuat baik pada orang yang aku sayang 💕 #fypシ #fypage #zyxcba #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – 🇮🇩 P O L O 🇮🇩 – 🇮🇩 P O L O 🇮🇩

Jelas wanita itu, dia dan suami gigih mengekori pekerja tersebut untuk memaklumkan masalah itu temasuklah memanggilnya dari luar tingkap kereta.

rider 1 (1)

“Suami saya juga merupakan seorang penghantar makanan. Saya memahami kebimbangan ahli keluarga pekerja itu sekiranya apa-apa terjadi kepadanya sewaktu mencari rezeki,” katanya.

 

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap prihatin wanita itu dan suami serta meluahkan kerisauan terhadap pelbagai nahas menyayat hati yang menimpa golongan penghantar makanan sejak kebelakangan ini.

 

“Terbaiklah awak dan suami, risau kalau tali beg tersangkut pada lori atau tayar motor, pasti berlaku kemalangan jiwa,” tulis seorang pengguna.

 

“Alhamdulillah, terima kasih kerana ambil berat tentang orang sekeliling, walaupun teguran nampak kecil, tapi amat bermakna sebab berkaitan nyawa,” ujar seorang pengguna lain

Post a Comment