Gigih Kerja Pada Usia Tua, Aunty Foodpanda Dibantu Ustaz Ebit Lew – Manis Madu
Aunty-Foodpanda-Dibantu-Ustaz-Ebit-Lew

Gigih Kerja Pada Usia Tua, Aunty Foodpanda Dibantu Ustaz Ebit Lew

Penghujung November lalu, tular gambar seorang wanita berbangsa cina yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang duduk seorang diri sambil memeriksa telefon bimbitnya.

 

Ramai yang kagum tapi rasa juga kasihan bila tengok aunty tersebut yang masih gigih bekerja walaupun pada umur itu sepatutnya dah berehat dan buat kerja ringan-ringan saja. Madu pun kagum sangat!

 

Rentetan daripada itu, foto tular itu laju je pancing perhatian Ustaz Ebit Lew untuk turun padang! Orang sekarang kata, know know arrived.

Pendakwah terkenal tersebut telah melawat dan menghulurkan sedikit bantuan kepada aunty tersebut di Kuala Lumpur. Kisah aunty itu juga telah dikongsi di laman Facebook beliau. Hmm baru semua tahu kisah aunty!

Menurut perkongsian Ustaz Ebit Lew, aunty tersebut dikenali sebagai Christine Ti dan beliau dahulunya bekerja sebagai seorang penulis di salah sebuah syarikat majalah bahasa Inggeris namun telah kehilangan kerja ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Christine Ti dan Ebit Lew

Aunty Christine kini tinggal berdua sahaja dengan adiknya setelah ibu mereka meninggal dunia.

 

“Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang.

 

“Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis. Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja,” katanya.

Ebit Lew bantu membaiki kereta Kancil yang digunakan aunty Christine

Ustaz Ebit Lew berkata lagi, Aunty Christine bekerja sebagai penghantar makanan menggunakan kereta kancil lama miliknya. Ebit Lew juga bantu membaiki kereta Kancil yang digunakan aunty Christine serta menghulurkan sedikit duit belanja.

Aunty Christine menangis kegembiraan

Aunty Christine menangis kegembiraan apabila UEL membantu baiki kereta kancil kesayangannya yang telah berusia 25 tahun lamanya! Kalau Madu pun auto nangis bila orang tolong macam ini!

 

“Saya tolong repair kereta kancil auntie. Sudah dekat 25 tahun kancil ini. Gantikan tayar baru dan servis. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumah dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.

 

“Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini,” tulis Ebit.

Dua insan hebat Christine Ti dan Ebit Lew

Dua insan hebat bagi Madu! Ustaz Ebit yang kita semua tahu, hero dalam hampir semua perkara. Selalu datang hulurkan bantuan tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Aunty Christine juga insan hebat kerana memilih untuk terus usaha cari rezeki tanpa meminta-minta.

 

Semoga mereka berdua dipermudahkan segala urusan dan hanya yang baik-baik saja datang dalam hidup mereka.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment