Neelofa & Mira Filzah Dahului Senarai Top 1,000 Influencers Di Malaysia. Siti Nurhaliza Tak Tersenarai? – Manis Madu
Neelofa & Mira Filzah Dahului Senarai Top 1,000 Influencers Di Malaysia

Neelofa & Mira Filzah Dahului Senarai Top 1,000 Influencers Di Malaysia. Siti Nurhaliza Tak Tersenarai?

Perkataan ‘influencer’ semakin lama semakin kerap digunapakai. Dulu tak wujud pun istilah ini tapi sekarang, sikit-sikit influencer.

 

Pemahaman Madu tentang istilah influencer ini adalah individu yang memberi pengaruh dalam hidup seseorang.

 

Influencer ini bukan sahaja datang dalam kalangan selebriti, artis, pelakon atau penyanyi namun pada zaman ini, individu biasa juga ramai diangkat menjadi influencer dan ikut ikutan. Asalkan individu tersebut ada sesuatu perkara yang membuatkan orang ramai tertarik untuk follow dia.

 

Ada juga influencer yang buat video masakan jerr, tapi followers dia berjuta! Mungkin kerana content yang dia hasilkan memberi kelainan dan menghiburkan. Haa sebab itu ramai followers!

Hari ni Madu nak share dengan Maduners senarai influencer Malaysia yang memiliki pengikut paling ramai di laman Instagram.

 

Secara keseluruhan, senarai 10 influencer teratas semuanya adalah selebriti wanita. Wow, women power!

Starngage_Top-1000-Influencers-Malaysia_20201209-768x364

Sumber Gambar: starngage.com

Selebriti yang menduduki tempat pertama ialah Neelofa dengan jumlah pengikut seramai 8.2 juta! Mana tak nya, banyak sangat pencapaian yang Neelofa dah buat dalam kerjayanya sebagai pelakon dan usahawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Diikuti Mira Filzah dengan 7.1 juta pengikut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Tapi yang mungkin mencetuskan kontroversi daripada Sitizoners, di manakah Dato Siti Nurhaliza dalam senarai ini!

 

Kenapa Dato Siti Nurhaliza tak tersenarai? Padahal followers Tokti pun boleh tahan tinggi juga. Ish, sedih Madu rasa! Apa pendapat Maduners, cer komen sikit.

Post a Comment