Giliran Wajah Jelita Siti Nurhaliza Pula Hiasi Papan Iklan New York Time Square! – Manis Madu
Giliran Wajah Jelita Siti Nurhaliza Pula Hiasi Papan Iklan New York Time Square!

Giliran Wajah Jelita Siti Nurhaliza Pula Hiasi Papan Iklan New York Time Square!

Bertepatan dengan statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara, kini giliran wajah jelita Datuk Sri Siti Nurhaliza pula menghiasi papan iklan digital tersohor, New York Time Square, Amerika Syarikat.

 

Untuk pengetahuan korang, penampilan Siti Nurhaliza yang mewakili Malayia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh laman penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

EQUAL merupakan sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

 

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan Siti Nurhaliza merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura. Bangga!

 

Ada juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya.

 

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.  Melihat wajah saya terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan.

 

“Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini.

 

“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian. 

 

“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” jelasnya.

 

Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing bagi rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.

 

Setelah pelbagai kejayaan demi kejayaan dilakarnya, Siti Nurhaliza sememangnya layak mendapat penghormatan ini.

 

Info tambahan, Siti Nurhaliza menjadi warga Malaysia kelima menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan Dolla dan Iman Troye.

Post a Comment