Glamping Dalam Tendok? Ini Dia 5 Lokasi Glamping Terbaik Untuk Korang!
5 Lokasi Glamping Terbaik

Glamping Dalam Tendok? Ini Dia 5 Lokasi Glamping Terbaik Untuk Korang!

Maduners inginkan percutian konsep baru dan rare? Alif boleh cadangkan untuk Maduners cuba glamping.

 

Glamping merupakan aktiviti percutian yang fun dan unik di mana konsep glamour dan camping disatukan.

 

Kalau ada camping, mesti kena bersusah payah dan leceh kena pasang khemah semua kan? Tak perlu pun sebenarnya, anda boleh terus masuk khemah yang disediakan. Easy kan?

Walaupun konsep glamping masih baru di Malaysia, namun banyak tempat yang boleh diterokai bersama. Jom bersama Alif explore port glamping menarik di Malaysia!

1. Sekeping Serendah Retreats, Serendah, Selangor

Malas nak drive jauh-jauh tapi inginkan ketenangan dan jauh daripada kesesakan bandar? Di sinilah tempat yang paling awesome untuk Maduners.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sekeping Serendah (@sekepingserendah) on

Sebuah rumah dengan konsep terbuka, kawasan ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika pasti akan membuatkan Maduners sentiasa nyaman dan tenang.

2. The Sticks, Kuala Kubu Bharu, Selangor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Sticks (@thesticksguide) on

Apa yang uniknya di sini? Penginapan di sini digelar tendok. Apa maksud tendok? Ia merupakan gabungan perkataan tent dan pondok. Maka jadilah tendok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Sticks (@thesticksguide) on

Mungkin bila Maduners berkunjung ke sini, anda akan mengimbau kenangan childhood bermain pondok-pondok bersama rakan yang lain. Di sini ada pelbagai jenis penginapan, sesuai mengikut citarasa Maduners sekeluarga.

3. Sailor’s Rest Resort. Janda Baik, Pahang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mon Zaffarin (@monz_journey) on

Nak feel ala-ala Titanic duduk di dock kapal sambil menikmati pemandangan laut? Di sini juga anda boleh merasai feel yang sama. Bercuti dalam rumah yang memang cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ahbon (@ahbon000) on

Kalau datang ngam pula dengan musim buah, Maduners boleh makan buah manggis dan buah durian terus yang ada di sini. Memang mantap!

4. Walai Penyu Resort Pulau Libaran, Sandakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meg Mulder (@lifescrawls) on

Ingin menikmati pengalaman glamping sambil selami kehidupan seharian bersama penduduk kampung? Perfect lokasi untuk Maduners!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jensen Chua (@jensenchua) on

Terletak bersebelahan dengan Taman Pulau Penyu, view pagi bila anda bangun pastinya pemandangan air laut yang membiru. Memang fresh!

5. Tubotel Langkawi, Langkawi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ziqqq (@haziqahabrashid) on

Lokasi glamping ini memang unik sebab menawarkan bilik tidur di dalam ruangan berbentuk silinder yang berwarna-warni dan juga kontena. Memang comel gilerr wey, selfie non-stop githeww.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tubotel Langkawi (@tubotel.langkawi) on

Pemandangan pun lawa, ruang santai dengan lokasi ini pun lawa, memang chill habis, lepak dengan kawan-kawan sambil tengok sunset!

Sebenarnya ada banyak lagi lokasi glamping yang menarik ada di sekitar Malaysia, namun yang Alif senaraikan adalah antara yang menarik dan terbaik.

 

Kalau rasa dah stress dengan bebanan kerja yang terlalu banyak dan kurang masa bersama rakan-rakan dan keluarga, maybe sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk berehat!

Post a Comment