Guinea Pig Macam Kena Rasuk Setan, Jinakkan Ikut Tip Wanita Ini! – Manis Madu
Guinea Pig Macam Kena Rasuk Setan,

Guinea Pig Macam Kena Rasuk Setan, Jinakkan Ikut Tip Wanita Ini!

Bagi seorang pencinta haiwan, ilmu serta selok belok tentang haiwan kesayangan pasti akan dikhatam secukupnya supaya mahir menguruskan haiwan itu.

 

Begitu juga seperti yang ditunjukkan oleh seorang pencinta guinea pig di laman TikTok yang kerap berkongsi petua penjagaan, pemakanan dan perkara berkaitan haiwan kesayangannya itu.

 

Menurut perkongsian @at_bie, dia memuat naik satu video mengenai cara-cara untuk tidak mengejutkan haiwan dan cara memegang mereka tanpa digigit.

jaroslaw-slodkiewicz-SDIIfq6nhFU-unsplash (1)

Cerita wanita itu, boleh dikatakan semua jenis haiwan sejenis cepat terkejut dan dia juga membuktikan dengan cara menyentuh guinea pig peliharaannya secara tiba-tiba.

 

“Nampak tak? Saya pegang dia sikit je dia dah terperanjat. So ceritanya, macam mana nak bagi haiwan tak terperanjat, korang kena pegang dengan slow mo. Maksudnya korang kena touch dia betul-betul slow,” jelas wanita itu dengan menunjukkan cara-cara yang betul.

 

Wanita itu juga berkata, kaedah itu membuatkan haiwan tidak merasa terancam atau ada yang mahu menyakiti dan membahayakannya.

 

Seterusnya, wanita itu menjelaskan pula cara-cara untuk mengangkat haiwan comel itu tanpa menggigit.

 

To be honest, guinea pig saya walaupun dah manja macam mana sekalipun tapi kalau dia dalam sangkar, kita nak angkat dia, dia macam kerasukan dek setan (menggelupur),” ujarnya.

 

Wanita itu berkata lagi, meskipun ramai yang tidak berani memegang guinea pig masing-masing kerana risau susah dikawal tetapi dia menyarankan untuk teruskan mencuba pegang. Lama kelamaan haiwan itu akan jinak.

 

Di akhir video itu, dia menunjukkan cara-cara memegang guinea pig tanpa digigit dan cara untuk mengawalnya. Maduners boleh tengok dalam video di bawah:

@at_bie Trust the process 😘 Just do it 💪🏻 kalau tak boleh juga korang buang then send location kat aku 🤣 #fyp #guineapig #kalbar ♬ original sound – At_Bie

Anis nak ingatkan, guinea pig ini tidak ada sebarang pertalian darah atau kena mengena dengan babi okay! Cumanya nama guinea pig ini diguna pakai kerana orang-orang Barat yang memakan daging tikus belanda ini menyamakan daging guinea pig seakan akan sama dengan daging babi.

 

“Ehh, daging binatang comel ni rasa macam ‘pork’ la. Kita panggil dia guinea pig la nohh,” 

 

Selain itu, bagi Maduners yang ada haiwan peliharaan, korang carilah ilmu secukupnya tentang kesayangan korang supaya sebarang masalah boleh ditangani dengan sebaiknya.

Post a Comment