Netizen Sangka Pertunjukan Jalanan, Rupanya Lelaki Bakar Diri Sendiri Di Khalayak Ramai! – Manis Madu
Netizen Sangka Pertunjukan Jalanan, Rupanya Lelaki Bakar Diri Sendiri Di Khalayak Ramai!

Netizen Sangka Pertunjukan Jalanan, Rupanya Lelaki Bakar Diri Sendiri Di Khalayak Ramai!

Insiden yang disangka pertunjukan jalanan oleh seorang lelaki ternyata adalah tindakan membakar dirinya berlaku di hadapan Menara Galata, Turki.

 

Menurut laporan akhbar Daily Star, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu dikecam netizen gara-gara merakam swafoto bersama mangsa tanpa menghulurkan bantuan.

3_Istanbul (1)

Dalam klip video yang tular di media sosial, mangsa yang memakai kostum ‘Grim Reaper’ atau dikenali sebagai ‘malaikat maut’ itu dilihat terhuyung-hayang ketika api membakar badannya.

 

Pemilik sebuah kedai yang ada berdekatan akhirnya membantu memadamkan kebakaran dengan menyembur cecair pemadam api kepada mangsa selepas melihat lelaki itu berguling-guling di atas jalan.

 

Difahamkan lelaki itu melumurkan badannya dengan minyak petrol sebelum menyalakan api.

 

Bagaimanapun lelaki dengan ‘tindakan gila’ itu terselamat dan mampu bercakap dengan pihak berkuasa selepas diberikan bantuan kecemasan.

1_Istanbul (1)

Video klip tersebut yang tular di serata media sosial mengundang pelbagai reaksi warganet termasuk salah seorang daripadanya membuat spekulasi bahawa tindakan para pengunjung yang berswafoto dengan mangsa adalah wajar kerana mereka mungkin menyangka insiden itu adalah sebuah pertunjukan jalanan.

 

“Saya sendiri akan menyangkakan ia adalah pertunjukan jalanan dan mungkin orang lain turut berfikir perkara yang sama,” katanya.

 

Dalam pada itu, menurut laman berita Turkey Posts, Gabenor Istanbul telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian tersebut.

 

“Hari ini kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) di daerah Beyoglu, berhampiran Menara Galata, mangsa yang dikenali sebagai ACTP telah cuba membakar dirinya menggunakan bahan mudah terbakar yang disiram pada badannya.

 

“Selepas dibantu penduduk setempat, api berjaya dipadamkan dan mangsa dibawa ke hospital oleh pasukan 112 Emergency Health. Rawatan masih diteruskan dan siasatan mengenai insiden telah dimulakan,” demikian menurut kenyataan tersebut

Post a Comment