Guna Jantung Babi Untuk Ganti Jantung Manusia, Pembedahan Berjaya Tapi Halal Atau Tidak? – Manis Madu
Guna Jantung Babi Untuk Ganti Jantung Manusia, Pembedahan Berjaya Tapi Halal Atau Tidak_

Guna Jantung Babi Untuk Ganti Jantung Manusia, Pembedahan Berjaya Tapi Halal Atau Tidak?

Pakar bedah Amerika Syarikat (AS) berjaya memasukkan jantung daripada khinzir yang telah diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki berusia 57 tahun, Isnin lalu.

pig 1 (1)

Pembedahan yang dilakukan oleh pasukan perubatan University of Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kejayaan pemindahan jantung babi kepada manusia, lapor The Guardian.

 

Jika terbukti berjaya, saintis berharap organ babi dapat membantu mengurangkan kekurangan organ penderma oleh manusia.

 

“Ini satu kejayaan cemerlang dalam pembedahan dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ. 

 

“Jantung manusia daripada penderma tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang bakal penerima,” kata Dr Bartley Griffith.

pig 2 (1)

Bagi David Bennett (pesakit) dari Maryland, 57 tahun, pemindahan jantung berkenaan merupakan pilihan terakhirnya.

 

“Sama ada saya mati atau melakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup. Saya tahu ia percubaan tanpa hasil yang pasti, tetapi ia pilihan terakhir saya,” kata Bennett sehari sebelum pembedahannya.

 

Kira-kira 110,000 rakyat AS sedang menunggu pemindahan organ, dan lebih daripada 6,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun sebelum mendapatnya.

 

Jantung babi yang diubah suai secara genetik untuk Bennett disediakan oleh Revivicor, sebuah syarikat ubat regeneratif yang berpangkalan di Blacksburg, Virginia. Pada pagi pembedahan, pasukan pemindahan mengeluarkan jantung babi dan meletakkannya ke dalam alat khas untuk mengekalkan fungsinya sehingga pembedahan.

 

Babi dikatakan telah lama menjadi sumber pemindahan yang berpotensi kerana organ mereka sangat serupa dengan manusia. Jantung babi difahamkan memiliki saiz yang sama dengan jantung manusia dewasa.

pig 3 (1)

Organ lain daripada babi yang sedang dikaji untuk pemindahan ke dalam tubuh manusia termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.

 

Usaha sebelum ini untuk memindahkan organ babi ke dalam tubuh manusia telah gagal kerana perbezaan genetik yang menyebabkan penolakan organ atau virus yang menimbulkan risiko jangkitan kepada penerima.

 

Para saintis telah menangani masalah itu dengan menyunting genetik babi yang berpotensi berbahaya kepada manusia.

 

Di dalam jantung yang dipindahkan kepada Bennett, tiga genetik yang sebelum ini dikaitkan dengan penolakan organ telah ‘dibuang’ daripada babi penderma, dan enam genetik manusia yang dikaitkan dengan penerimaan imun telah ‘ditampal’ masuk ke dalam genom babi.

 

Penyelidik juga memadamkan genetik babi untuk menghalang pertumbuhan berlebihan tisu jantung babi.

 

Sebagai tambahan kepada perubahan genetik dalam jantung babi, Bennett menerima ubat eksperimen anti penolakan organ yang dibuat oleh Kiniksa Pharmaceuticals yang berpangkalan di Lexington, Mass.

Post a Comment