Guru Mengajar Sambil Baring Kerana Sakit Belakang, Risau Peperiksaan Pelajar Semakin Dekat – Manis Madu
Guru Mengajar Sambil Baring Kerana Sakit Belakang, Risau Peperiksaan Pelajar Semakin Dekat

Guru Mengajar Sambil Baring Kerana Sakit Belakang, Risau Peperiksaan Pelajar Semakin Dekat

Semangat serta komitmen seorang guru terhadap tugasnya dalam mendidik tidak perlu disangkal lagi.

 

Kadang-kadang kesungguhan mereka melebihi usaha pelajar.

 

Contoh terdekat kita dapat melihat ketika proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah yang berlangsung ketika pandemik ini.

 

Menurut sebuah video yang dimuat naik dalam laman sesawang South Morning China Post, komitmen seorang guru sekolah menengah ini layak mendapat pujian!

Dalam video berkenaan menunjukkan seorang guru wanita sedang mengajar sambil berbaring di atas kerusi meskipun dia mengalami kecederaan belakang.

 

Madu difahamkan guru berkenaan cedera pada bahagian belakang ketika mengadili pergaduhan antara ibu bapa dan pelajar di sekolah itu.

 

Menurut pengetua sekolah itu juga, guru tersebut telah bercuti selama dua bulan namun kembali mengajar kerana para pelajar akan menjalani peperiksaan tidak lama lagi.

 

Tindakan guru itu mendapat pujian warganet dengan mengatakan dia seorang guru yang bertanggungjawab dan profesional kerana masih meneruskan mengajar meskipun sedang sakit.

 

Namun terdapat segelintir individu yang tidak bersetuju dengan perlakuan guru itu.

 

“Hormat apa yang guru ini buat tapi rasanya tidak perlu. Kesihatan adalah perkara yang patut diutamakan. Lebih baik dia mengajar ketika sudah pulih sepenuhnya,”

 

Terdapat juga komen yang seolah-olah menyalahkan sekolah kerana masih membenarkan guru berkenaan mengajar.

 

“Kenapa pihak sekolah tidak mencari guru ganti dan tetap membiarkan guru ini terus mengajar? Dia sangat berdedikasi tetapi pihak sekolah sangat tidak berperikemanusiaan!”

Post a Comment