Nak Adil Punya Pasal, Sampai Terpaksa Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai – Manis Madu
Nak Adil Punya Pasal, Sampai Terpaksa Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai

Nak Adil Punya Pasal, Sampai Terpaksa Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai

Kejadian yang agak pelik dan mungkin belum pernah berlaku apabila seorang lelaki bertindak mencabut atap rumah bekas isterinya selepas di sahkan bercerai.

 

Agus, yang merupakan bekas suami kepada Anjar didakwa mencabut atap rumah bekas isterinya sebagai persetujuan pembahagian harta sepencarian di Jakarta baru-baru ini. 

 

Kejadian berlaku di Desa Carangejo, Kabupatem Ponorogo, Jawa Timur apabila bekas isterinya yang dikatakan baru sahaja pulang ke kampung selepas enam bulan bekerja di Hong Kong meminta cerai dari suaminya.

 

Menurut laporan Kompas, selepas disahkan bercerai, bekas pasangan suami isteri itu mendapat kata sepakat untuk membahagikan harta sepencarian yang dimiliki sepanjang 10 tahun berkahwin. 

 

Setiausaha Desa Carangrejo, Juweni berkata, pihak mereka bersetuju untuk membenarkan Agus mengambil kayu yang menjadi atap rumah mereka kerana itu adalah milik ibu bapanya.

 

“Kerja-kerja mencabut atap dijalankan di rumah berkenaan tanpa diganggu mana-mana struktur binaan lain kerana tanah adalah milik ibu bapa Anjar.” – Juweni

 

Tambah Juweni, dia bagaimanapun tidak pasti apa alasan sebenar disebalik perceraian pasangan itu, namun mengakui Agus adalah suami yang baik malah menjaga kebajikan bapa mentuanya sepanjang bekas isterinya bekerja di luar negara. 

 

Pihak pentadbiran Desa hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan iaitu mencabut atap rumah seperti yang dipersetujui.

 

“Berkaitan hal-hal yang lain kami tidak mahu masuk campur kerana mereka berpisah pun dengan cara yang baik” – Juweni

Post a Comment