Ha! Apa Tu Ujian Pap Smear? Wanita Wajib Tahu Untuk Bantu Cegah Kanser Di Peringkat Awal – Manis Madu
Apa Tu Ujian Pap Smear

Ha! Apa Tu Ujian Pap Smear? Wanita Wajib Tahu Untuk Bantu Cegah Kanser Di Peringkat Awal

Alamak, kena buat ujian pap smear! Apa itu? Dengar nama pun macam menakutkkan, agak-agak sakit tak buat ujian pap smear?

 

Pap smear (atau Pap test) adalah ujian saringan untuk kanser serviks (pangkal rahim). Ia mengesan kehadiran sel-sel pra-kanser atau sel-sel kanser di serviks.

 

Menurut Dr.Shepherd dalam portal The New Era, setiap 1 minit seorang wanita di dunia didiagnos dengan kanser servik (pangkal Rahim). Bahayanya kalau kita tak tahu keadaan kesihatan kita!

 

Di Malaysia, kanser servik merupakan kanser ketiga paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia.

Pemeriksaan Pap Smear (Papanicolaou) adalah satu prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel servik.

 

Bagi mereka yang berusia di antara 26 sehingga 70 tahun dan yang telah berkahwin amat disarankan mengambil ujian ini.

LPPKN Twitter Header

Sumber Gambar: LPPKN Twitter

Wanita yang telah menjalani prosedur histerektomi iaitu membuang rahim dan servik secara penuh adalah terkecuali menjalani ujian ini.

 

Maduners tidak perlu risau, ianya bukan seperti yang digembar- gemburkan oleh netizen di luar sana. Kenapa setiap wanita perlu ambil ujian Pap Smear?

1. Boleh Mengenalpasti Ketumbuhan Peringkat Awal

Pemeriksaan pap smear mampu mengesan sebarang ketidaknormalan pada servik atau pangkal rahim.

 

Jikalau anda memperoleh keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser servik. Mungkin ada jangkitan lain yang perlukan pemeriksaan lanjut.

2. Prosedur yang Cepat dan Tidak Menyakitkan

rawatan pap smear

Sumber Gambar: Facebook

Prosedur ini mudah saja sebenarnya, cuma kita selalu dengar orang kata sakitlah itulah inilah.

 

Doktor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sel daripada dinding servik dan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

3. Hampir Semua Klinik Boleh Kendalikan Ujian Pap Smear

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LPPKN (@lppkn) on

Tidak kira sama ada klinik atau hospital kerajaan dan swasta dan termasuklah di Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara), anda boleh lakukan ujian ini.

4. Harganya yang Murah

Siapa kata nak buat ujian pap smear kena bayar mahal. Tidak sama sekali! Klinik kerajaan menawarkannya dengan harga yang amat murah, ada yang percuma juga!

 

Di Klinik LPPKN pula menawarkan dengan harga RM20 bagi warganegara Malaysia manakala di klinik swasta bergantung di tempat masing-masing, sekitar RM40-RM70.

5. Dilakukan Sekali Dalam Tempoh 2-3 Tahun

Pemeriksaan ini bukannya perlu diambil setiap bulan ataupun setiap tahun. Biasanya ujian pertama dan kedua dilakukan sekali bagi setiap 2 tahun.

 

Sebab masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun.

3 daripada 4 wanita yang mengalami kanser serviks ini tergolong daripada mereka yang mengabaikan pemeriksaan pap smear secara berkala.

 

Jadi Maduners, jangan takut, jangan malu! Gagahkan diri dan buang semua perasaan malu untuk lakukan ujian ini! Tak lama pun, 5 ke 10 minit saja.

Post a Comment