‘HAHAHAHAHAHAHA’ - Ketawa Sampai Esok Dengan 5 Filem Komedi Terbaik Ini! – Manis Madu
‘HAHAHAHAHAHAHA’ - Ketawa Sampai Esok Dengan 5 Filem Komedi Terbaik Ini!

‘HAHAHAHAHAHAHA’ – Ketawa Sampai Esok Dengan 5 Filem Komedi Terbaik Ini!

Komedi, mungkin kategori paling kontroversi dalam filem, tak percaya? Jika Maduners duduk beramai-ramai bersama kawan bersedia untuk movie night  dan kategori untuk malam itu adalah komedi mesti rasa takut takut nak pilih filem sebab risau ‘dibahan’ kawan-kawan dengan pilihan filem komedi yang kita minat!

 

Tapi pada masa sekarang ini dalam dunia yang penuh konflik, drama politik yang tiada henti, kadang-kadang dengan tonton filem komedi, adalah unsur yang menggembirakan dalam hidup kita! Jangan stress-stress!

 

Artikel kali ini mungkin akan cetuskan kontroversi sebab Syaz nak kongsi 5 filem komedi terbaik bagi Syaz, tapi mungkin ‘diserang’ netizen tentang senarai ini, jangan marah Maduners! Ini berdasarkan pendapat Syaz, kalau korang ada pilihan sendiri kongsikan!

 

Jika betul ketawa adalah ubat terbaik untuk kesedihan, apa tunggu lagi, jom tengok senarai filem komedi terbaik ini untuk korang tonton nanti!

1. Sister Act

SisterAct_9024

Deloris! Deloris! Deloris! Tersenyum bila tonton filem komedi Sister Act ini!

 

Sinopsis: Apabila seorang penyanyi kelab malam terpaksa berlindung di sebuah biara daripada kumpulan gengster, Deloris (Whoopi Goldberg) akhirnya mengubah koir biara biasa kepada kumpulan koir yang terkenal, sehingga secara tiba-tiba hampir menjejaskan identitinya dalam persembunyian.

 

Siapa yang minat dengan Whoopi Goldberg kena tonton filem komedi klasik ini yang ditayangkan pada tahun 1992 dan diarahkan oleh Emile Ardolino.

 

Filem ini ada siri kedua iaitu Sister Act 2: Back in the Habit yang diarahkan oleh Bill Duke.

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah

HKLBR (1)

~Injit-injit semut, siapa sakit naik atas~, terngiang-ngiang ingat Kak Limah nyanyi lagu ini, seram ada, lawak pun ada! Mula-mula ingat hantu betul, rupanya…..

 

Sinopsis: Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dan yang pertama dalam trilogi Hantu Kak Limah. Filem yang dibintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombi. Tetapi filem ini bukan kesinambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang, tetapi lebih terarah kepada kejadian yang berlaku di Kampung Pisang.

 

Syaz secara khususnya suka dengan lakonan Usop sebagai Usop Wilcha! Memang ketawa tengok bahagian ucop kena kejar dengan hantu kak limah!

3. Zombi Kampung Pisang

zombi-kampung-pisang-malaysian-movie-poster (1) (1)

Masa cerita ini ditayangkan di Malaysia pada 2007, Syaz baru berusia 10 tahun tetapi dah melekat depan televisyen bila cerita ini ditayangkan! Best gilerrr! Minat pula dengan zombi-zombi, lagi seronok tengok filem ini!

 

Sinopsis: Ketenteraman Kampung Pisang dilanda huru-hara pada suatu malam. Masalah bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, yang tiba-tiba terjatuh dari basikalnya di hadapan tiga penduduk kampung. Ketiga-tiga pengacau ini sentiasa berkeliaran di tepi jalan, memetik gitar dan menyanyi. Ketiga-tiga pemuda itu, Husin, Atan dan Mat Karan membawa mayat Pak Abu pulang ke rumahnya, dan segera menceritakan kisah hebat itu kepada Pak Jabit, ketua kampung. Pak Jabit pergi ke rumah Pak Abu untuk memberi penghormatan, tetapi tiba-tiba mati apabila melihat mayat Pak Abu, dan bermulalah……

 

Filem ini memang akan sentiasa dekat dengan hati Syaz, bila bosan dan tak tahu nak tengok cerita yang tak ‘berat’ confirm akan tengok balik cerita ini!

4. 18 Puasa Di Kampung Pisang

Poster-18-Puasa-Di-Kampong-Pisang

Filem allahyarham Mamat Khalid tak pernah mengecewakan! 

 

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’ pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 dan 17 Puasa.

Sinopsis: Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

 

Watak Berkoba ini memang relevanlah, kalau ikutkan rasanya wujud watak ini pada bulan puasa, orang panggil geng plastik hitam!

5. Scary Movie (Koleksi I – V)

815VfiVAtfL._SL1500_ (1)

Kalau tengok cerita ini memang ketawa tak berhenti! Serius, tambah-tambah kalau Maduners faham lawak-lawak yang digunakan dalam filem ini sebab mereka rujuk daripada filem seram lain seperti Scream, I Know What You Did Last Summer, The Blair Witch Project, Saw, Saw IV, The Grudge, War of The Worlds, The Village, Shaun of The Dead dan banyak lagi! 

 

Sinopsis: Scary Movie merupakan filem parodi budaya pop  dengan sindiran tanpa henti pada momen dan detik-detik popular daripada filem, televisyen dan iklan terkenal!

 

Macam mana dengan top 5 filem komedi terbaik pilihan Syaz, Maduners setuju atau geram jerr tengok senarai? Ini apa-apa pun kalau belum tengok filem komedi yang Syaz senaraikan, Maduners tonton dulu ya!

Post a Comment