Hanya Bekerja Sebagai Pencuci Pinggan, Namun Miliki Simpanan Berguni-guni. 16 Jiran Bantu Tolong Kirakan!
Siapa sangka, dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjalani hidup sederhana, seorang warga emas dikenali sebagai Biyok, 81, mampu menyimpan wang berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengira!
Sumber gambar: tribunnews.com
Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin dikunjungi Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.
Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) hingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah tersebut.
Oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, ia memaksa Musleniyetti meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira wang itu.
“Pada mulanya lapan orang bantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.
View this post on Instagram
“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.
Berkata lanjut, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu. Masa yang lama diambil untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum mereka mula mengira.
“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.
Sumber Featured Image: Erwin Yunaz