Harap Bersabar! Kad Debit Maybank & Aplikasi MAE Tidak Boleh Dipakai Buat Sementara Waktu – Manis Madu
Harap Bersabar! Kad Debit Maybank & Aplikasi MAE Tidak Boleh Dipakai Buat Sementara Waktu

Harap Bersabar! Kad Debit Maybank & Aplikasi MAE Tidak Boleh Dipakai Buat Sementara Waktu

Platform pembayaran FPX (Pertukaran Proses Kewangan) Maybank difahamkan mengalami sedikit masalah dan menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses perkhidmatan itu dengan lancar.

 

Menurut laman rasmi Twitter Maybank, mereka memaklumkan penggunaan kad debit dan juga aplikasi MAE juga tidak tersedia buat sementara waktu.

“Harap maklum bahawa platform pembayaran FPX (Pertukaran Proses Kewangan) kami, penggunaan kad debit dan aplikasi MAE tidak tersedia buat sementara waktu, dan kami kini mengalami sedikit kelewatan pada aplikasi M2U MY dan web Maybank2u.

 

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,”

 

Beberapa netizen merasakan perkara ini telah menyusahkan mereka kerana ramai yang sedang sibuk berbelanja untuk persiapan raya tahun ini.

 

“Haloooo…. Tiger, buat orang panik.. check account sampai kosong… account remove lah, nak transfer tak boleh, list transfer jadi kosong.. please kalau nak update buat kerja malam malam.. day time orang nak bayar mcm mcm.. fix the problem Maybank” – @Zain01057410

 

“Tak pasal2 sebab maybank problem org yg jual brg tu ingat aku nk scam sbb aku transfer duit pakai normal transfer bukan instant” – @It_Ridzuan

 

Para pengguna harap dapat bersabar okay, mungkin ramai tengah shopping raya last minute!

Post a Comment