Hari-Hari Makan Sayur Saja? Ramai Tak Tahu Pasal Diet Ini Rupanya! – Manis Madu
DietVegetarian

Hari-Hari Makan Sayur Saja? Ramai Tak Tahu Pasal Diet Ini Rupanya!

Bagi Maduners yang sudah berkali-kali mencuba untuk diet bagi turunkan berat badan tapi tak berjaya, mungkin korang boleh cuba kaedah yang satu ini pula.

makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan

Diet vegetarian adalah kaedah pemakanan yang mengelakkan pengambilan daging dan memakan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja. Namun, terdapat juga sebahagian yang mengelakkan sebarang makanan yang berasaskan haiwan seperti telur, susu, cheese dan lain-lain.

 

Untuk pengetahuan Maduners, diet vegetarian diamalkan oleh individu atas sebab agama, kesihatan, ekonomi, ekologi atau falsafah hidup. Pengamal Vegetarian boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:

 

  • Vegan

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan

 

  • Lacto-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja.

 

  • Lacto-ovo-vegetarian

Mengambil makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, susu, hasil tenusu dan telur.

 

Sejumlah ilmuwan dari Physicians Committee for Responsible Medicine yang melakukan pemerhatian terhadap 74 pesakit yang menghidap penyakit diabetes menemukan bahawa pesakit yang mengamalkan diet vegetarian ini dapat menurunkan berat badan dengan lebih banyak berbanding mereka yang mengamalkan diet konvensional.

pemakanan

Antara kelebihan mengamalkan diet vegetarian ini adalah:

 

  1. Meningkatkan kesihatan jantung

Dengan mengamalkan diet ini, ia akan membantu meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan sayur-sayuran dalam rutin harian dapat buatkan jantung korang berada dalam keadaan yang lebih bagus.

 

  1. Menurunkan risiko diabetes

Sudah semestinya diet vegetarian dapat bantu menurunkan risiko diabetes. Korang dah elak daripada makan makanan yang tidak sihat dan mendapat nutrisi daripada sumber sayur-sayuran.

 

  1. Membantu penurunan berat badan

Ini juga salah satu kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi! Nak pula kalau korang kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti dan lain-lain. Lagi cepat turut berat badan.

 

  1. Melancarkan sistem pencernaan

Pengambilan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang dapat melancarkan sistem pencernaan korang. Mudah membuang!

woman using body tape measurement

Untuk Maduners yang nak cuba buat diet vegetarian ini, dinasihatkan untuk mulakan diet ini secara berperingkat. Lakukan pada minggu pertama dulu, kemudian kalau rasa dapat disesuaikan dengan badan boleh teruskan hingga minggu-minggu seterusnya.

 

Apa-apa pun, korang boleh buat research atau rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum memulakan diet ini. Ini kerana sistem badan memerlukan nutrisi yang mencukupi, barulah seimbang!

Post a Comment