Hari Wanita Sedunia: Permaisuri Agong Ingatkan Wanita Agar Sayangi Dan Hargai Diri Sendiri
Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan agar setiap wanita untuk mencintai dan menghargai diri sendiri untuk menjadi insan bahagia yang hebat.
View this post on Instagram
Baginda berkata, wanita yang bahagia sudah pasti mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan di sekelilingnya.
“Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT itulah isitimewanya kita, wanita,” kata Tunku Azizah dalam video yang disiarkan di akaun rasmi Istana Negara bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia.
Baginda turut menjelaskan bahawa kekuatan wanita terbukti semasa pandemik Covid-19 kerana mereka dapat bangkit dan mengharungi setiap cabaran bersesuaian dengan tema tahun ini, “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”.
“Di sinilah kita melihat kekuatan seorang insan bergelar wanita. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dan cekal serta berjaya keluar dari cabaran tersebut,”
Baginda juga menyeru kepada semua untuk menghargai, mencintai, menghormati serta bersikap lemah lembut terhadap wanita.