Hampir Sedekad Menderita, Mangsa Serangan Asid Akhirnya Bertemu Jodoh – Manis Madu
Mangsa Serangan Asid Pramodini Akhirnya Bertemu Jodoh

Hampir Sedekad Menderita, Mangsa Serangan Asid Akhirnya Bertemu Jodoh

Seorang mangsa serangan asid di India dikhabarkan telah bertemu jodoh dengan lelaki yang menerima dirinya seadanya selepas menderita hampir sedekad!

Pramodini Roul

Sumber gambar: hmetro.com.my

The Sun melaporkan, Pramodini Roul, 28, telah selamat disatukan dengan pasangannya, Saroj Sahoo, 29, pada 1 Mac lalu. Majlis tersebut diadakan di kampung halamannya, Jagatsinhpur, Odisha selepas mengikat tali pertunangan pada 2018.

 

Menariknya, mereka jatuh cinta selepas Saroj kerap mengunjungi rakannya yang juga jururawat hospital tempat mangsa mendapatkan rawatan.

 

Menurut Pramodini, peristiwa hitam yang menghancurkan wajah serta penglihatannya tidak menjejaskan kemeriahan majlis perkahwinannya. Majlis tersebut diadakan dengan meriah serta dihadiri 1,000 tetamu termasuk mangsa serangan asid lain.

Pramodini Roul berkahwin dengan Saroj

Sumber gambar: hmetro.com.my

“Saya rasa sangat gembira dapat berkahwin dengan Saroj. Dia menyayangi saya seadanya dan selalu memberi semangat untuk saya teruskan hidup dengan bahagia

 

“September lalu adalah kali pertama saya dapat melihat wajahnya selepas saya menjalani pembedahan pertama pada mata kiri. Ia membuatkan saya jatuh hati dengan kebaikannya,” katanya.

 

Pasangan itu aktif menabur bakti bersama Yayasan Chaanv dalam membantu memulihkan mangsa serangan asid di Odisha.

 

Pramodini menjadi mangsa serangan asid pada usia 15 tahun selepas menolak pinangan seorang lelaki.

Post a Comment