Hentikan Budaya Basikal Lajak! Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan – Manis Madu
Hentikan Budaya Basikal Lajak! Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Hentikan Budaya Basikal Lajak! Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Baru-baru ini, kembali tular di platform media sosial isu pemandu wanita yang secara tidak sengaja melanggar maut lapan kanak-kanak yang bermain basikal lajak di jalan raya.

 

Untuk pengetahuan Maduners, setelah 5 tahun kes ini dibicarakan, keputusan terkini mendapati pemandu yang dikenali sebagai Sam Ke Ting bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM6, 000.

 

Sehubungan dengan itu, hari ini Madu akan kongsikan risiko buat penggemar basikal lajak. Lebih banyak keburukan dari kebaikan!

Basikal-lajak-2-891x632 (1)

Sebelum pergi lebih lanjut, Maduners perlu tahu yang basikal lajak ini adalah basikal yang sudah diubah suai. Antara ciri-ciri basikal lajak ini, basikal mereka tiada brek, tiada loceng, kerusi ditinggikan dan kebanyakan handle basikal akan dicondongkan ke bawah. 

 

Peralatan keselamatan ketika menunggang tak payah cakap lah. Helmet, knee and elbow pads dan wrist guard memang tidak dipakai.

 

Menurut info dari Public Health Malaysia, keadaan basikal yang diubah suai memang memberi risiko dan menjejaskan kesihatan.

Kerusi yang tinggi boleh mengakibatkan sakit tulang belakang. Ketiadaan brek pula bakal mengundang risiko kemalangan. (Penunggang basikal lajak menghentikan basikal mereka hanya menggunakan kaki).

 

Selain itu, ketiadaan peralatan keselamatan memang sudah terang-terangan salah dan berisiko mengundang kecederaan terutamanya di bahagian kepala.

 

Ibu bapa boleh didenda sebanyak RM20, 000 atau penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

 

Kalau boleh, elakkan anak-anak daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti ini. Boleh sahaja menunggang basikal seperti biasa atau mencari aktiviti sukan lain yang tidak membahayakan nyawa mereka dan juga menyusahkan orang lain.

Post a Comment