Terpaksa Tutup Gerai Kerana Disihir, Ini Komen Chef Ammar! – Manis Madu
Terpaksa Tutup Gerai Kerana Disihir, Ini Komen Chef Ammar!

Terpaksa Tutup Gerai Kerana Disihir, Ini Komen Chef Ammar!

Sudah separuh bulan kita berpuasa, nama Chef Ammar tidak lekang daripada menjadi sorotan media dan perbincangan warganet di media sosial.

 

Baru-baru ini, tular sekali lagi tentang Chef Ammar namun kali ini dikatakan perniagaan nasi arab yang dijalankan beliau terpaksa ditutup gara-gara disihir!

“Tempat Chef Ammar berniaga di USJ4 tutup sebab disihir!” tulis ciapan daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aidan.

 

Difahamkan ketika menjalankan perniagaan, secara tiba-tiba pelanggan di gerainya menurun dengan mendadak. Anaknya yang turut bekerja di gerai tersebut juga berasa hilang semangat secara tidak semena-mena.

 

“Dia panggil ustaz untuk mengetahui apa masalah, dan diberitahu ada yang menghantar sihir. Untuk mengelak benda lebih teruk, Chef Ammar tutup gerai bazar USJ4,” tulis satu keterangan di TikTok.

 

Chef Ammar dilihat berlapang dada dan menerima keadaan tersebut dengan hati terbuka. Beliau berkata, keselamatan keluarga, pekerja dan pelanggannya lebih penting daripada terus menjalankan perniagaan itu.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang masih memiliki mentaliti menjatuhkan perniagaan orang dengan cara yang kotor seperti itu.

 

“Ada lagi setan yang tak ikat bulan puasa ni, pantang tengok orang lebih sikit mula nak dengki. Konfius dah mana satu setan sebenar ni,” komen seorang netizen.

 

Selain itu, netizen turut bersimpati dengan nasib kurang baik yang bertubi-tubi menimpa Chef Ammar di bulan mulia ini.

 

“Noooo, I’m not crying Ya Allah kesian Chef Ammar, lepas satu, satu dugaan allah dia kena hadap. Besar pahala dia ni. Semoga chef dan keluarga terus murah rezeki pada masa akan datang amin,” ujar seorang netizen.

Post a Comment