Hentikan Perkara Ini! Gangguan Yang Kerap Dihadapi Kaum Wanita Di Tempat Kerja – Manis Madu
Gangguan Yang Kerap Dihadapi Kaum Wanita Di Tempat Kerja

Hentikan Perkara Ini! Gangguan Yang Kerap Dihadapi Kaum Wanita Di Tempat Kerja

Sexual Harassment ini boleh dikatakan sebagai antara kes yang banyak kita dengar sejak kebelakangan ini kan ?

 

Tapi, dalam kes yang banyak, banyak juga yang Madu dengar mangsa-mangsa malu untuk ke hadapan dan buat laporan ?

 

Kenapa? Sebab takut reputasi merosot, risau kawan-kawan sekeliling pandang serong.

 

Kita perlu ingat, bukan kita yang minta untuk diperlakukan seperti itu,  jadi kenapa perlu malu?

 

Anda sebagai mangsa ada hak untuk ke hadapan dan lakukan laporan tapi ikut saluran yang betul.

 

Jadi hari ini Madu nak senaraikan beberapa langkah yang boleh Maduners ambil.

1. Kaji Polisi Gangguan Seksual Syarikat Anda

Sexual-harassment-complaint

Sumber Gambar: teamais.net

Baik untuk langkah pertama ini sangatlah penting Maduners semua.

 

Kenapa? Sebab sebelum anda semua buat keputusan untuk buat laporan, anda perlu tahu apakah jenis kes yang anda hadapi dan anda perlu tahu kes anda berada di tahap mana.

 

Maduners juga perlu kaji polisi ini sebab nak tahu kepada siapakah anda perlu bersuara supaya kes anda dapat di selesaikan dengan secepat mungkin.

 

Risau nanti kalau pandai-pandai buat haluan sendiri nanti proses kes itu akan jadi lambat dan anda sendiri yang akan susah.

 

Jadi cari saluran yang betul melalui polisi syarikat ini Maduners semua.

2. Dokumentasi Kes Anda

Dokumentasi Kes Anda

Sumber Gambar: wikihow.com

Dokumentasi kes anda ini bermaksud apa sahaja tindakan ataupun ucapan si pelaku kalau boleh anda catatkan.

 

Ya, nampak macam tak perlu kan? Tapi ini adalah antara langkah yang perlu anda ambil supaya segala bukti-bukti dan waktu berlaku dicatat dan kemudiannya dapat tally dengan rakaman kamera litar tertutup di pejabat anda.

3. Berunding Dengan Peguam

Berunding Dengan Peguam

Sebenarnya, langkah ketiga ini adalah langkah yang terakhir yang boleh anda ambil sebab perkara yang melibatkan peguam ini memang remeh.

 

Tapi untuk keselamatan dan juga hak anda, kenapa tidak kan?

 

Tujuan dapatkan khidmat peguam supaya untuk mendapatkan nasihat untuk ke langkah seterusnya.

 

Kebiasaannya kes yang melibatkan peguam ini adalah kes sexual harassment yang dah berada di tahap yang teruk dan tak boleh dikawal lagi.

 

Maka jalan terakhir adalah dengan mendakwa pelaku di mahkamah.

4. Belajar Mempertahankan Diri

Untuk tips terakhir adalah tambahan untuk diri anda sendiri.

 

Selain dari mempertahan kan diri dari sexual harraser, anda juga mempertahan kan diri dari segala jenis jenayah lain macam rompak, ragut dan juga samun.

 

Zaman sekarang waktu tengah hari pun boleh kena samun jadi Madu rasa memang dah wajib dah semua dari kita sekurang-kurangnya tahu cara untuk pertahankan diri.

 

Bukan saja silat, Maduners boleh juga belajar asas taekwondo, banyak kelas yang dianjurkan jadi kalau ada masa boleh daftar.

 

Jadi, Madu harap dengan adanya tips-tips ini Maduners semua bolehlah tegakkan hak diri masing-masing.

 

Jangan sesekali rasa malu dengan apa yang anda hadapi, cari bantuan dan hukum pesalah!

Post a Comment