Hilang 9 Hari, Remaja Perempuan Ditemui Sedang Beli Kad Sim – Manis Madu
Hilang 9 Hari, Remaja Perempuan Ditemui Sedang Beli Kad Sim

Hilang 9 Hari, Remaja Perempuan Ditemui Sedang Beli Kad Sim

Menurut Harian Metro, remaja berkenaan dijumpai oleh orang awam ketika sedang cuba untuk membeli kad sim telefon bimbit dan kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan.

 

“Susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai mekanik.

 

“Suspek ditahan di sebuah kontena yang dijadikan tempat tinggalnya di Jalan Sudat, pada jam 4.50 petang bagi membantu siasatan,” ujarnya.

 

Aidil berkata, suspek mula berkenalan dengan mangsa tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

 

“Suspek tidak mengaku remaja berkenaan adalah teman wanitanya dan cuma menganggapnya sebagai kawan biasa,” katanya lagi.

 

Suspek yang berasal dari Kota Samarahan itu kini ditahan di Balai Polis Tapah dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol gadis di bawah umur.

 

Remaja perempuan tersebut dilaporkan tidak dapat dijejaki mulai 15 Jun lalu setelah dikatakan pergi ke sekolah untuk mengambil buku tugasan dari gurunya.

 

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment