“Hold Dulu Beli Barang Online”, Parcel Habis Tenggelam Kena Tempias Banjir!
Berdepan situasi banjir ini, bukan sahaja rumah-rumah orang awam mengalami ‘total lost’ tetapi gudang kurier penghantaran barang juga turut berdepan nasib yang sama.
Melalui perkongsian di laman sosial, terdapat individu berkongsi keadaan gudang penyimpanan barang yang tenggelam. Parcel-parcel dilihat terapung dan dibawa air di merata tempat.
anyone want me to hold your parcel? pls dm me before 12am tonight!
– if your parcel happened to be in this video, pls understand & don’t blame anyone ( seller / courier) 🙏🏻
hope everything will get better soon, sending prayers ❤️shah alam hub (?) situation👇🏻 pic.twitter.com/YHpsz6YAsj
— hanym | mercari service (@daeprincessell) December 19, 2021
Selain itu, lori penghantaran juga tidak dapat beroperasi seperti biasa disebabkan kebanyakan jalan ditutup kerana banjir.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli barangan atas talian terlebih dahulu untuk mengelakkan berlaku lambakan barang atau kerosakan terhadap barangan yang dibeli.
Pihak kurier seperti J&T, Pos Malaysia dan DHL Express dan lain-lain sudah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook mengenai kelewatan penghantaran barang.
Harapnya, Maduners sabar menunggu barang online korang sampai! Masalah seperti ini tidak dapat dielakkan dan luar kawalan kita.